Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

post #52 : Kononnya Universiti Malaya dalam 'krisis'.

3 comments:
 
Salam Ramadhan peeps, 

For viewing pleasure & cussing reasons, the majority of this post will be in my mother tongue (coz I bash people better in Malay).

Kepada yang masih tak mengetahui isu hangat semalam, Utusan Melayu Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan a la Wikipedia Leaks yang membuka pekung di dada Dr.Ghauth Jasmoan dengan menyatakan bahawa konon-kononnya Universiti Malaya sedang mengalami 'krisis' hebat. Kisahnya, Dr.Ghauth memperjudikan kareer & masa depan anak bangsa demi untuk menaikkan nama UM dalam ranking Universiti terbaik dunia. 

Aku tergelak kejap.

Kepada yang terlepas berita semalam sebab sibuk beribadah, menimba ilmu pengetahuan, sibuk mencarik rezeki, terbenam dalam hiburan dunia ataupun curik-curik makan dekat pantry ofis hendaknya, ini link untuk berita semalam. Aku syorkan ko khatam dulu artikel nih before ko baca entry nih selanjutnya. 


Alkisahnya, Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) mendedahkan bahawa secara totalnya 146 orang staf akademik telah meletakkan jawatan sejak dari tahun 2009 atas sebab tak puas hati dengan kepimpinan & mutu pentadbiran Dr.Ghauth. PKAUM, dengan diterajui Dr.Azmi Sharom, juga menyatakan perasaan bimbangnya dengan 'kerasukan' Dr.Ghauth mengejar ranking Universiti dunia terbaik dengan hanya mementingkan jurnal terbitan Bahasa Inggeris sambil mengabaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan Bahasa Malaysia sebagai landasan pembinaan negara bangsa. 

Aku garuk kepala aku yang tak berapa gatal nih sebab aku rajin shampoo gune Head&Shoulders.

Isu Universiti mengejar ranking terbaik dunia nih dah banyak kali kita dengar. Kalau tak UM, banyak jer artikel-artikel media massa yang sebelum nih fokus pasal USM sebagai Universiti Apex Negara untuk prove it's worth dalam ranking dunia. Universiti Awam lain seperti UTM, UPM or even UiTM tak terlepas dari cengkaman mediocre media dalam menghentam Universiti Awam atas ketandusan pentadbiran masing-masing when it comes to moving up the ranks.

Tapi apa yang uniknya artikel keluaran Utusan semalam ialah hentaman yang dikeluarkan Utusan bukan diasaskan oleh wartawan haprak mereka sendiri, tapi sebaliknya oleh kakitangan backstabbers yang memperjuangkan visi & misi yang sama dipegang oleh Dr.Ghauth Jasmoan. 





Hak Bumiputera harus dijaga!...begitu jugak dengan poket aku!



Aku terkesian sekejap dekat VC aku sorang nh. Kesian kat depa, dok sibuk buat perubahan nak baik-pulih UM kat mata dunia, anak-anak depa sendirik yang conteng arang. Bukan setakat conteng arang, nih siap pancitkan tayar, calarkan keta, tabur cat merah kat rumah! Dashyat sungguh metafora yang aku gunakan nih.

Dan artikel keluaran hari nih lansung tak membantu Dr.Ghauth. Menghentam lagi adalah. Majlis Perundangan Melayu Malaysia gelabah. Al-maklumlah, diorang buta-buta percaya yang staf bumiputera dekat UM bulat-bulat digantikan dengan staf warga asing. Ahli Dewan Negara, Datuk Abd.Rahman Bakar lagilah gelabah ayam! Depa suruh kerajaan terminate Dr.Ghauth daripada jawatan beliau. Amboi, sodap mulot kau jek Ahli Dewan Negara sorang nih. Ingat nak ganti VC nih macam nak ganti manager bola ke? And plus, you don't even know the whole truth yet, ko dah berani buat statement camnih? Konon-konon nak nampak critical lah? Nak orang tahu yang ko nih a good decision-maker lar? Oh please!

Aku kekadang pelik dengan tindakan sesetengah pihak bile isu-isu yang berkaitan camnih resurfaces from time to time. Kau expect change, tapi bila the actual change takes place, ko kecut! Kau takut dengan perubahan yang dibawak menjejaskan interest kau so kau accused that the change was unnecessary in the first place. 

Bila kau deal dengan benda yang perlukan perubahan yang besar untuk berjaya, dalam kes nih menaikkan ranking UM di mata dunia, at first kau kena tahu the side effects yang akan berlaku. Some of the changes aku conclude as below;

1. Change in staff & academic personal.
Ini obvious. Dalam meeting beliau dengan undergraduates sem lepas, beliau dah nyatakan a major point untuk menaikkan ranking UM is the number of international academic staff. Pemahaman atas point nih mudah. Bila kau ade academic staff daripada negara lain, kau akan lebih terdedah dengan cara pembelajaran yang berbeza & semestinya penguasaan inter-relation skills ko bila ko nak communicate dengan academic staff yang tak paham Bahasa Malaysia. So a win, win stuation la kan?

2. The extensive usage of the English language.
Extensive maksudnya English tidak hanya digunakan dalam bilik tutor & dewan kuliah sahaja, tapi pengunnanya diperluaskan dalam kehidupan seharian mahasiswa. Bagi memenuhi kehendak ranking points, kau perlu menyebatikan penggunaan English dalam urusan rasmi universiti. Aku tak nampak masalahnya. So a win, win situation jugak la kan?

However, PKAUM seolah-olah melihat side effects nih sebagai 'failure' dari segi pentadbiran Dr. Ghauth Jasmoan. The way I see it, PKAUM takut. Yup. Takut yang jaminan pekerjaan diorang ibarat telur di hujung tanduk. So, bagi mengelakkan the inevtiable, diorang pun buatlah press conference dengan media belaan kerajaan Utusan, dengan mengeluarkan statement bagi menghentam Dr.Ghauth agar pekerjaan diorang tak terjejas akibat arus perubahan yang dibawa Dr.Ghauth.

Tapi sekadar nak menjatuhkan Dr.Ghauth dengan accusation yang ranking UM tak naik-naik sejak era Rafiah Salim sahaja tak mencukupi. So apa diorang buat? Diorang main isu paling sensitif dalam Malaysia, isu Bumiputera. Oh sungguh cruel PKAUM nih. Sanggup mempolitikkan akademik demi menjaga akaun bank masing-masing. 

So, sebab tu lah keluarnya statement yang Dr.Ghauth nih tak pedulikan anak Melayu sendirik. Sanggup lepaskan anak Melayu terkapai-kapai, sibuk mengejar anak Mat Saleh & anak Sheikhs bermata hijau. Pastuh keluar jugak statement yang Dr.Ghauth tak sayang Bahasa sendirik, sibuk menggesa siswa-siswi makan cereal & susu untuk sarapan supaya boleh menguasai English. Ahli politik macam biasalah, pantang nampak statement anti-Bumiputera nih. Habeslah dihentamnya Dr.Ghauth tanpa belas ihsan.

Aku kecewa dengan anak Melayu sendirik. 

Kau sibuk nak mengejar kejayaan, tapi bila kau perlu bersaing dengan orang yang makan fish & chips untuk dinner ko gelabah. Dahtu ko salahkan pulak orang yang ENGKAU suruh buat perubahan! Kau sibuk nak mengejar kejayaan, tapi bila kau perlu menggunakan bahasa dunia ko gelabah. Dahtu ko tuduh pulak bahasa dunia BAHASA PEROSAK NEGARA BANGSA! Ko nak berubah cara ko? Ko nak berubah cara selesa? Ko nak berubah pakai kain pelekat sambil lepak-lepak dekat kedai kopi?  Sorry lah! Alamatnya memang tak kemana lah kau! 

Bagi aku, certain things kena berlaku & certain consequences kena dihadapi bagi mencapai kejayaan. Dr.Ghauth Jasmoan dipanggil mengetuai revolusi UM to do just that. It was tragic, the way that Rafiah Salim was stripped from her post in order to give way for the imminent arrival of Dr.Ghauth, tapi aku percaya yang kerajaan tahu yang he can do what is expected of him. So why then, do you say that he's not doing his job?

Dr.Ghauth mengeluarkan kenyatann bagi membidas kenyataan Azmi Sharom semalam. You can read it here.

Dari statement yang dia keluarkan, Dr.Ghauth nih positif orangnya. Aku rasa Azmi Sharom, siswa-siswi, even orang awam yang nak tahu perkara sebenar perlu membaca statement Dr.Ghauth untuk mengetahui kewajaran tindakan Dr.Ghauth sebelum nih. I'm sure that all is justified. 

For the politicians, tolonglah buat judgement yang lebih ideal dengan status korang selaku 'wakil' rasmi rakyat. Jangan dok sibuk nak suruh someone under pressure letak jawatan just like that when you don't know the story from the other side. Tolonglah hentikan aktiviti mempolitiikan akademik korang. Kita siswa-siswi tak heran pon dengan propaganda korang. Cukuplah dengan kem BTN korang tuh.

Im just stating my love for my varsiti. Berilmu Berbudaya people!












3 comments:

mtbink.com said...

setuju dengan Ayed...

Anonymous said...

r u student? pls shut ur mulut. u know nothin' about um.

Faisal Rasyid Roslan said...

r u my mother? pls comment with ur profile la dumbass. atleast have the balls to diss me in my own blog rather than hiding behind ur keyboard.

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff