Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Post #80 : Burger Bakar Adventures!

3 comments:
 

"KICINGCANGCUNGCINGCANG"

Gua korek2 poket seluar short gua mencarik kunci rumah. Balik rumah awal hari nih. Gua frust menonggeng. Gimnasium UM hari nih tetiba dipenuhi jambakkan manusia yang menghuni semua mesin & besi, membuatkan gua sekadar mampu masuk kejap dan menghirup aroma gimnasium yang biasa aku hirup sejak 3 tahun yang lepas.

Kurang hajar betul manusia2 nih. Membantutkan semangat murni gua nak replicate badan Ryan Gosling dalam cerita Crazy Stupid Love.

Sesaat gua bukak pintu, gua disambut dengan dengusan kelakian Syami sedang mengadap cermin sambil mengangkat besi yang gua kira kurang dari 12 kg. Ewah2, semangat gimnasium gua hidup kembali.

"Acap ajak pegi Burger Bakar", tetiba Syami menyapa.

Betullah kata orang, when one door closes, another door opens. Ada hikmahnya rupanya bila tuhan tutup pintu hati aku untuk bergimnasium hari nih dan balik awal.

Sudah berminggu jugaklah plan nak pergi burger bakar nih tertangguh. Sebelum nih selalu je ade rintangan dan dugaan. Plus none of us really know exactly the way to the place before this. Namun setelah research yang Syami lakukan, berbekalkan sang street-smart Acap, dan Perodua Kembara Megat yang mampu meluncur membelah Lautan Merah, kami sepakat untuk memuaskan nafsu serakah kami malam nih jugak.

Kami menuju ke Kaw Kaw Burger Bakar di Puchong Utama, dalam Arena Lakso Makana, berdekatan Carrefour Puchong Utama. Jalan nak ke tempat ini takdelah susah mane. Kalo dari Pantai Dalam, anda hanya perlu meluncur di Federal Highway dan exit Damansara-Puchong Highway. Anda haruslah menuju ke Puchong ye, jangan ke Damansara pula. Kalau tidak sia-sia. Jalan yang selebihnya gua tak hingat! Gua sememangnye ade masalah retain photogenic memory kalau bab jalanraya nih. Nak senang carik landmark Careffour Puchong Utama sahaja. Nescaya anda akan melihat satu sign besar "Lakso Makana" nearby. Disitulah tempatnya.

Sesampai di Lakso Makana kami terus ke gerai Kaw Kaw Burger Bakar. Kami da bayangkan line yang panjang sampai ke tempat parking. Tapi apa yang kami lihat hanyalah sebuah gerai yang lenggang, tiada barisan lansung. Syami terus menerpa menu yang ditampal tergantung.

Ada single, double and triple set. Setiap set ade lima varieties. Gua tak ingat yang lelain tapi kami sepakat amek Double Baconizer. Acap sorang jek amek Single Baconizer. Sebab tuh Acap maintain kurus. Kan Cap? Baconizer nih kalo x silap ade Cheese slice plus extra Cheezy Sauce ditabur atas kepingan burger. Terliur kan? Kalo tak terliur jugak nah gambaq!

Syurga Puchong~


Kami buat order dapat giliran no.113. Masa kami buat order tuh, order no.89 baru siap. So kami kena tunggu lagi 23 order siap baru burger kami sampai.

Dalam menunggu kedatangan set-set burger eksotika ini, dinasihatkan bawaklah buku ke magazine ke ataupun sesapa yang ade smartphone tuh chargelah sampai battery full supaya anda tak bosan menunggu, boleh tweet2 dan berfacebook bagai. Takpun main Temple Run cam saudara Megat. Atau pun anda bolehlah mengambil masa ini untuk catch up dengan memember anda setelah seharian berkerja mancari nafkah. Bolehlah jugak anda bantai gelak ketawa sepam dua, tidaklah terasa penantian anda itu.

Burger kami sampai kira-kira dalam pukul 10:35 PM begitulah kiranya. Setengah jam penantian, tidaklah terlalu menyeksakan ye tak?. Ada berita yang sampai sejam dua menunggu burger sampai tuh tak tahulah tahap kesabaran mereka macam mana. Tapi penantian Burger Bakar ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Tidaklah seperti menunggu dibalas cinta sampai setahun lebih pun masih tiada jawapan. Eh? Teremosi pulak disitu. Maafkan gua.

Sesampai sahaja Burger Bakar anda, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah mengambil bau. Ye mengambil bau. Aroma kepingan daging lembu yang baru sahaja selesai dipanggang atas hangat arang hitam, kini terhidang di depan mata anda, seharusnya mengeluarkan aroma yang pasti membangkitkan deria. Ditambah lagi dengan alunan keju cair yang membanjiri surface area daging panggang anda. Sudah cukup untuk menggoncangkan iman orang-orang gemuk yang sedang berdiet.

Perkara kedua yang harus anda lakukan adalah mengambil gambar. Ye mengambil gambar. Kerana seeloknya sebelum anda abdikan kepingan daging panggang, roti berbijiran, sayur kobis, timun, kepingan keju, alunan keju cair, juga sos cili di dalam mulut seterusnya ke dalam perut anda, abdikan lah ia dahulu ke dalam kamera anda. Kerana benda yang sempurna seperti ini, hanya datang sekali sekala sahaja dalam hidup. Sekali Sekala Ya. Bagi yang mahu berkongsi saat bahagia ini bersama rakan-rakan yang tidak dapat bersama, gunakanlah apps camera seperti Instagram, YFrog, Lockerz, etc dan berkongsilah ia dengan rakan-rakan sosial anda di Twitter dan Facebook. Nescaya mereka juga akan 'berkongsi' kegembiraan yang sama. LULZ!

Perkara ketiga yang harus anda lakukan pula ialah enjoice! Ya enjoice! Lahaplah burger itu dengan seluruh kudrat anda. Seeloknya bacalah doa makan sebelum memulakan upacara lahapan tersebut. Ketika anda melahap, anda mungkin akan mengalami beberapa permasalahan. Sebagai contoh, gua, Syami dan Megat mengalami masalah untuk memulakan upacara lahapan sebab burger double kami terlampau lah besar Height x Width nya, mustahil untuk kami melahapnya dengan bukaan mulut kami yang tak berapa luas ini. Gua ambil alternatif untuk separatekan kepingan daging dengan rotinya. Gua makan top layer dulu. Second round gua makan bottom layer plak. Tapi Masyallah ko nak habeskan itu satu penyeksaan juga.

Permasalahan seterusnya pula adalah permasalahan menghabiskan burger bakar anda. Akibat daripada nafsu serakah anda yang order Double atau Triple, anda mungkin tidak akan mampu untuk menghabiskannya. Lainlah gua yang membela saka dalam perut. Steady je lahap sampai licin. Jadi beringat-ingatlah tentang kemampuan diri anda ye. Elakkan pembaziran kerana membazir itu amalan Encik Syaitonirahjim.

Perkara keempat ialah ambillah masa anda supaya burger bakar yang baru sahaja anda lahapi itu menyesuaikan diri mereka di dalam perut. Inilah masa yang sesuai untuk membalas kembali mensi2 ataupun komen2 di Twitter dan Facebook setelah anda 'berkongsi' kebahagiaan anda bersama rakan-rakan anda di dalam media sosial tersebut. Inilah juga masa yang sesuai untuk anda meletakkan tangan anda di atas perut dan rasakanlah perubahan drastiknya. Nescaya akan ade perubahan eleptikal walaupun seminimum 1cm.

Perkara kelima di dalam list ialah menyesal. Ya menyesal. Silalah menyesal kerana anda baru sahaja melahap 100 kcal kalori ke dalam food circulation badan anda. Silalah menyesal kerana anda sekarang perlu menghabiskan sekurang-kurangnya larian jog 15 km, ataupun bermain futsal selama 10 jam ataupun berkayak selama 18 jam bagi membakar kalori yang terdapat di dalam kepingan daging tersebut. Bagi yang mengamalkan diet pemakanan yang sihat tapi masih melahap burger bakar tanpa segan silu, silalah scrap sahaja plan diet anda. Nescaya tiada guna anda menipu diri sendiri mengatakan "This is my FIRST and LAST Burger Bakar for the rest of my life!". Percayalah, once you have the experience, you will be craving for more.  Eh?

Kepingan Daging Empuk yang menginzalkan~


Kami berangkat pulang sekitar pukul 11:15 PM dengan perut yang kenyang dan hati yang gumbira. Servis yang kami terima amatlah enak. Sempat jugalah kami berbual bersama owner Burger Bakar Lakso Makana, bertanyakan mengenai cerita From Rags to Riches beliau. Anda juga akan dihiburkan dengan bintang-bintang karaoke di Lakso Makana yang menyanyi ikut suka dan juga aksi-aksi miming terlebih feel. Mungkin akan membuatkan anda tergelak sepam dua. Overall, was the best burger adventure of my life.

Oh iya, Double Baconizer set harganya RM 17.50 sekali set dengan 3 batang Hawt Dawg. Tambah dengan gua punya Jus Tembikai dengan Teh Tarik RM 3.00. So sekali makan adelah RM 20.50. Dah sama harga macam pi makan dekat Carls Junior. Tapi lagi puas makan burger bakar. Seriously.

Tamatlah sudah Burger Bakar Adventures untuk kali ini. Nantikan adventure kami yang seterusnya!

From Top Left : Megat, Syami
From Bottom Left : Acap, My Baby

ps:
Mohon follow mereka di twitter;
@syamirahim - Syami
@saudaraikhwan - Megat



3 comments:

Tiara Fazlin said...

sedapnyeeeee..mat salleh sini tak reti letak telur dlm burger :(

Kaw Kaw burger bakar said...

Hye there, salam. Just to clarify the food court name is Lokas Makana. The main branch is Wangsa Maju Seksyen 2.
The owner of Burger Bakar are Zul and Nita, you can look in the history section in
www.burgerbakar.com

Sheikh Papa-NtiQ said...

Hi....saya baru jer upload pics dalam blog masa makan ngan famili kat Burger Kaw Kaw branch Puchong. Memang betul ramai orang. Masa tu takde kasik nombor so kene la beratur...
Senang2 tu jengok la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com konsep pasal makan jer 100% takde topik lain.
Kalu sudi tu follow yer blog saya TQ, TQ, TQ

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff