Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Post #76: Review : Kawe Cakna Bunohan.

5 comments:
 
BERAT, bagi yang terlalu santai. RINGAN, bagi yang memberi perhatian.

Bukanlah norma manusia untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka ketika bersantai menonton wayang tatkala selepas penat seharian bekerja. Namun atas sebab nak meneliti dan mencuit segala hype dan rave review Bunohan arah Dain Said, maka terpaksalah aku gagahkan minda aku yang tak berapa tajam ni untuk diasahkan semata-mata nak "menikmati" Bunohan.

Jalan ceritanya tidaklah terlalu susah untuk difahami. Ikut flow mana-mana cerita bertemakan duri dalam daging. Cuma kadang-kadang ada babak-babak yang perlu diteliti dan diberikan sedikit penguisan bagi menikmati apa maksudnya, tersurat mahupun tersirat. Intro Bunohan sahaja dah cukup untuk membuatkan penonton tertanya-tanya. Trick yang baik aku rasa sebab dari awal lagi cerita ini mahu penontonnya memberi sepenuh perhatian.

Tak lupa juga dialognya sarat dengan loghat Kelantan pekat. Dari awal sehinggalah ke akhir cerita. "Cakna". Aku suka perkataan ini. Ditutur hanya dua kali kalau tak silap sepanjang tayangan. Kalau nak belajar loghat Kelantan sedikit, Bunohan membantu sepenuhnya. 

Sinematografi Bunohan agak noir. Maksudnya hampir majoriti skrin berada dalam keadaan suram, sugul agaknya. Sesuai dengan mood pada dan ketika. Penonton akan disajikan dengan tayangan awan, sungai, laut, pantai dan juga terik panasnya Kampung Bunohan. Tambah lagi dengan pelakon-pelakon yang sentiasa berpeluh dari awal sampailah ke akhir cerita. 

Dari segi watak, rasanya tak hidup cerita ini kalau pelakonnya tak menjadi ye tak? Tiada sangkal dipihak aku. Semua pelakon berjaya menghidupkan watak masing-masing. Namun, ade juga watak-watak yang akan membuatkan penonton gusar memikirkan kaitannya dengan cerita.

Nasihat aku, kalau kau inginkan kelainan dalam filem Melayu, inilah cerita yang harus kau tontoni. Tak rugi untuk berfikir sambil bersantai. 

Akhir kata, jangan tengok Bunohan dengan budak sekolah tak lepas PMR. Kalo x mampos kena explain satu-satu. 

*SPOLER ALERT : Nak tengok Bunohan kena bukak minda. Tak open-minded rugi.*

Cheers!

5 comments:

aziey nasrudin said...

mcm best je cite ni

Faisal Rasyid Roslan said...

sumpah mmg best.pi lah tengok!

gamepoint amd said...

Badan zahiril adzim eh nama dia..tu memang ada ketak2 ke efek CGI je?

Faisal Rasyid Roslan said...

memg six pack bro.
diorg traing kaw2 utk role dlm movie nih.

gamepoint amd said...

yeke. aku xsempat tgk Bunohan ni kat wayang, skang ntah ada ke x lg. takpe astro ria ada

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff