Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

post #75 : The Gift

4 comments:
 
People are born with gifts and specialty. We obtain or discover these "gifts" at a different time in life. Some discovered it at a tender age.Others needs a little nudge in the nards to discover such things exists.

Me? Well, I discovered mine when I was going down to the dining hall to have dinner one evening. The college seniors was having some sort of a Cultural Performing Arts promo for the juniors. Penuh orang dekat lobi tiba-tiba. Penuh sangat. And I hate crowds. Really hate them. No reason. Just tak suka crowd dengan orang-orang yang tak dikenali. Rimas mungkin. Takut kena raba mungkin juga.

"Dik sign up lah sini dik. Boleh dapat merit senang-senang je boleh stay college nanti!", Abang senior datang mencelah laluan aku nak naik dining hall.

Jilaka. Aku kebulur nih. Kalau bukan kerana sifat hipokrasi yang mengalir dalam badan aku nih, dah lama aku meluru tolak abang senior ni ketepi.

Tapi adat resam orang Melayu. Orang berbudi, kita berbahasa, ye tak?

"Eh takpelah bang. Tak minat lah. Hee". Senyum. Tak ikhlas. OK please putuslah harapan kau nak suroh aku sign mengesign nih bagai.

"Alah dik sekejap je sign nama. Tak lama pun", Abang senior sorang nih reluctant la plak. Napela semangat sangat suroh aku sign up nih.

"OKlah bang. Nak saya sign up kat mane nih?", Layankan je la.Cepat sign cepatlah aku boleh pegi makan.

"Ko minat ape cultural arts?", Eh banyak soal plak.Tadi suroh aku sign up jek.

"Cultural arts? Err. Alamak. Menyanyi boleh la bang. Tapi saya lagu2 melayu asli nih fail sket", Jujur kot. Cultural arts pada aku waktu tuh menyanyi je lah yang aku reti. Tu pun main taram je la asal dengar sedap.

"Hai.Takpe.Tak kisah pun. Nah la. Ko sign up untuk kelab nih dulu. Kelab nih tak ramai orang lagi"

Tak ramai orang ke? Dah tu nak suruh aku sign up plak buat ape? Ingat aku nak datang la plak kan?

"Ape nama kelab nih bang?" 

"Halusinasi"


                                *                                 *                                    *


"WWWWWUUUUUHHHHHUUUUUUU", lamunan aku terhenti sekejap bila Sufee terjerit terlolong waktu announcer umumkan "Dewi Bunga" juara Teater Festival Seni. 

Terkesima.Tak percaya.Gembira.Semua aku rasa malam tuh. Tambah lagi dengan pekik lolong suasana dalam DTC.

Siapa sangka karya naif & ringan "Dewi Bunga" mampu diangkat menjadi juara. Siapa sangka set pagar-pagar kecil & kain rentang besar diisi bunga tanjung mampu menjadi pentas permainan yang lebih elok daripada set-set besar yang gah & boleh bergerak-gerak tanpa arah tujuan. Siapa sangka pelakon-pelakon mentah yang lansung tiada pengalaman meniti pentas teater mampu menghidupkan karya fantasi bunga & kumbang.

Siapalah sangka kan? Satu group manusia yang tak pernah bertegur sapa, berbual, apatah lagi mengenali hati budi masing-masing sebelum ini menjadi satu familia extravaganva.

Senyum lagi. Puas mungkin. Puas sebab aku jumpa gift aku. Berlakon? NAAAAAAHHHHH!

Halusinasi. That's my gift. The gift of being a family with strangers you never knew before. And God please make it be this way forever.

4 comments:

gamep01nt said...

ishk ishk.. =")))) terharu suda

Waniey Khirzuan said...

waaahh! tersentuh.. tsk.. tsk..

Faisal Rasyid Roslan said...

erk.takyah nak menanges sgt.
btw gp gempak siot design downgila.
ade mase nak bersifu dengan ko bleh?haha.

gamepoint amd said...

haha gempak pulak. biasa2 jek

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff