Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

post #74: Marketing Malaysia, Vincent Tan style!

2 comments:
 
Salam Dear Readers and a happy early Saturday!

This is going to be a business related post. Yes business. For the first time ever in ayedologydotblogspot history.
Continue reading at your own risk. You have been warn.

In case of you nerds haven't heard, Cardiff City have booked a placed at Wembley for the League Cup finals against Premier League strugglers, Liverpool Liverfool. Yes struggulers, for their standard. Kenapa? ade masalah? Anyway, like I said, this post is a business related post, not a footie blog. So spare me your bash and booss Koppies.




So what Malaysia have to do with a Wembley Final?

Simple. This.
Tadah! The best marketing strategy ever!



Err..Tak Faham lah.

Okeh takpe. Memandangkan korang takde basic ekonomi (cam la aku ade kan?), biaq cheq teghang kat hangpa. 

Cardiff City FC ialah sebuah kelab bolasepak di bawah naungan Liga Divisyen 1 England atau nama komersialanye Npower Championship League. Kenapa nama die camtuh, itu kenalah tanya sponsor depa. Now, Cardiff City punya homebase terletak di Cardiff,Wales. Bukan kat England. Tapi sebab depa punya kelab sikit sangat and negara depa takdelah besaq seperti Scotland atau Ireland yang mampu ada liga sendirik, depa pon dengan selamba hamsapnya join jek England punya liga. 



Oooo. Eh jap2. Camne ade nama Malaysia kat jersi Cardiff nih??? Apsal tak taruk nama Wales ke Cardiff ka?

Okeh, this is the part where we get a little bit serious. Tan Sri Vincent Tan, bapak kepada Berjaya Corp & tokan kesepuluh terkaya Malaysia telah membeli controlling share for Cardiff City FC secara lumpsum pada awal 2010. Ade ke beli share pakai lumpsum? aku main bedal je nih. Anyway, Vincent Tan telah menaungi Cardiff City FC sejak dari tahun 2010 sehinggalah ke hari dan ketika ini. 

Misai tebal la abang Tan nih!



Ape motip beliau beli Cardiff City FC? Beliau bukannye ade childhood di UK pun seperti Tony Fernandez?

First of all, motip orang-orang kaya nih beselah, nak beli benda yang orang lain tak leh beli. Secondly, its mainly about expanding their business or finding new grounds to venture into. Malcolm Glazer dan adik-beradiknya takkan berhempas pulas hutang sana-sini semata-mata nak beli Manchester United FC kalau tidak kerana branding MUFC itu sendirik dan usaha Malcolm Glazer untuk cari pasaran baru syarikat insurans bawah kencaman beliau. Tom Werner takkan beli controlling share di Liverfool kalau bukan kerana branding Liverfool itu sendrik dan fan-base nye yang melimpah ke seluruh pelosok dunia. Hatta Tony Fernandez sendirik pon beli QPR bukan atas dasar bolasepak semata-mata. Tak perasan ka jersey QPR dok pampang logo MAS ngan AirAsia? Kebetulan? Kebetulan kepala hangguk hang!  Banyak lagi nama-nama tycoon yang beli EPL clubs bukan atas dasar "love for the game", tapi sebaliknya atas dasar "love for money". Siapa yang nak salahkan mereka pon ye tak? Duit mereka, suka hati mereka lah nak beli ape pon. Inilah namanya sports marketing kawan2. Beli badan induk ataupun team yang dah ada nama, and gunakan nama mereka untuk tolong marketkan produk-produk kita. Tadah!



So samalah dengan apa yang Vincent Tan buat nih? 

Yes. Konsep dia samalah. Beli and market. Beli and market. Tapi berbezanya Vincent Tan dengan tycoon2 yang lain ialah Vincent Tan tak memperagakan produk-produk Berjaya Corp. Ko ade nampak Cardiff City pakai jersey lambang Starbucks ke, KrispyKreme ke, Umobile ke, Kenny Rogers ke.. Ada? Ada? Bak kata Azwan Ali, NANHADOOO! 



Err..So Vincent Tan promote mende? 

Tuh gambaq tuh aku dah letak elok atas tuh. Hang tak nampak ka?



Eh? Ooooooo! Dah Paham Dah!

Ape yang ko paham?



Er..Vincent Tan promote Mesia!

Erk.Hah?Apedie?Sebot betul2 boleh tak?



Mesia! Mesia!

MALAYSIA! Mesia,mesia. Nih orang mane nih, sebut negara sendirik pon tak betul.



Kelate.

Oooo.patutlah pon.



So itu je lah specialnya Cardiff City nih? sebab ade nama Malaysia dekat jersey.

Not only that, Cardiff City is playing in the League Cup finals at Wembley.


Abang Tan bersama-sama Manager & Director Cardiff City FC


So? Apa beza dia? Sama je lah final tiap-tiap tahun pun. 

Heh. Okay, picture this. Beza final and game-game biasa ialah jumlah penonton. Final League Cup akan berlansung di Wembley. Betul? So agak-agaklah kalau final ko rasa berapa orang yang tengok? Oleh sebab orang-orang English and Welsh nih hidup-makan-tido-berak bolasepak, so aku boleh anggarkan majoriti penduduk di England and Wales akan menonton match nih. Itu baru England and Wales. Belum lagi seluruh rakyat United Kingdom seperti Scottish, Irish and Northern Irish yang pasti takkan melepaskan peluang nak menonton. Tu belum kira Koppies dari seluruh dunia. 

Rupa fans Liverfool @ Koppies. Hensem kan?

Liverfool merupakan salah sebuah kelab bolasepak yang mempunyai fan-base yang luas menjangkaui batasan norma geografi dan geopolitik. Tak lupa jugak kepada peminat-peminat bolasepak yang lain, pastinya tiada salah mereka menonton Liverfool belasah (or struggle?) Cardiff City di Wembley. The Sun menanggarkan hampir 800 juta penonton akan berada di depan kacatele or kacalaptop or kacaMac (bagi AppleFAGS) untuk menyaksiakn final di Wembley ini. Jelas? 

Peminat tegar Liverfool - Caroline Wozniacki. World's former  No.1 in Women Tennis




Maksudnya?

Maksudnya, untuk 90 minit atau lebih di Wembley, nama MALAYSIA akan diperkenalkan ke seluruh dunia. Bagi 90 minit atau lebih di Wembely, 800 juta orang akan diperkenalkan dengan nama MALAYSIA, mungkin buat pertama kali. Bagi 90 minit atau lebih di Wembley, nama MALAYSIA akan dipromosikan secara lansung kepada 800 juta kepala manusia, tersebar di seluruh dunia, melangkaui batasan geopolitik.  Maksudnya, Tan Sri Vincent Tan, secara tidak lansung, telah melantik dirinya sendiri selaku ambassador Malaysia di negara legenda Naga & Satria, Wales.

Ini secara tak lansung memperagakan nama negara kepada semua penonton aksi final di dalam Wembley. 

So tanggal 26 Febuari 2012 nanti, nama & negara kita Malaysia akan dipamerkan kepada 800 juta orang seluruh dunia. Memang lah diorang nih semua tak ambik port pon siapa yang menaja pasukan Cardiff City or Liverfool malam tuh. Diorang just nak enjoy the game je kan? Well, actually revenue Standard-Chattered, penaja Liverfool, naik single digit daripada nilai tahun lepas pada quarter yang sama walaupun ketika keadaan ekonomi dunia sekarang terumbang ambing, mengambil report dari Financial News. Itu baru one single product yang kita marketkan.

Sekarang bayangkan jika kita promote sebuah negara pada 800 juta orang seluruh alam ini pada satu masa yang sama? Now you catch my drift?





2 comments:

DAUD said...

cayalah Tan.

Unknown said...

caya lah makwe pakai baju gerrard!

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff