Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

post #72 : Book Review : KASINO

1 comment:
 
Rated : A W E S O M E !
The thing about the new generation of writers, you know, the one that does not stick with the normal Malay novel plots or use romantic Malay lingo, is that, you can never be too sure what to expect from their writings. Some are too radical, some are too soft, others touch on topics that is strictly taboo in the Malaysian community.

Well, KASINO gives you all three of that! 


SINOPSIS
Basically, KASINO berkisarkan tentang the life & times seorang ahli perniagaan Melayu, Dato' Mohd Narcissus Yussof (which I may add is an awesome name!) dan gejala-gejala politikus seorang ahli pernigaan di Malaysia. Uniknya KASINO ialah pabila Pakatan Rakyat diketengahkan sebagai Kerajaan Pusat dan memerintah hampir separuh negeri di Malaysia, termasuklah sebuah negeri yang dicipta khas oleh penulis, negeri Tualang. Cerita KASINO bermula pabila Narcissus terpaksa membayar kembali RM 3.8 juta kepada Yayasan Anak Tualang (YAYAT) akibat daripada pembatalan majlis perasmian Marina Kuala Tualang. However, KASINO bukan berdasarkan perjudian dan kehidupan politik semata-mata. Ada jugak unsur-unsur Islam liberal yang diketengahkan penulis hampir setiap bab dalam KASINO. 


BEST BITS

i. ISLAM LIBERAL
Narcissus nih seorang muslim yang jaga solatnya. Tak pernah tidak dalam setiap bab mesti ada sahaja Narcissus mendirikan solat. Tapi dalam masa yang sama Narcissus seorang penggemar wine merah, berjudi di Marina Bay Singapura dan juga mengamalkan seks bebas dengan wanita-wanita pilihannya. Licik betulkan penulis? Membayangkan apa yang mungkin akan berlaku dengan generasi Muslim Malaysia sekarang yang masih mengamalkan 5 Rukun Islam, Sembahyang, Tunaikan Haji, Bayar zakat dan sebagainya tapi dalam masa yang sama makan duit anak yatim, keluar dengan bukan muhrim sampai ketengah pagi dan sebagainya. Cukup jelas sekali aspek ini yang aku sukakan tentang Saifullizan Tahir. Cuba memperingati dengan isi tersirat.


ii. NILAI METROSEKSUAL
Setiap baju,kasut,jam,stoking,tie,perfume hatta cuffling sekalipun dijelaskan dengan cukup detail! Kagum sekejap. Penulis mesti banyak menghabiskan masa dengan bahan bacaan GLAM, Maskulin, Men's Health, GQ ataupun penulis ini seorang metroseksual tegar. Tidak boleh tidak lelaki zaman Justin Bieber ni sangat berbeza dengan lelaki zaman Charlie Chaplin ataupun the Beatles dulu. Dan KASINO jelas sekali memperlihatkan pembezaan ini dengan membandingkan Narcissus dan lelaki-lelaki berumur yang lain. 


iii. SEX SCENES
Narcissus tidaklah seorang yang gila perempuan. Cuma pabila datang mana yag betul-betul memikat hati tuh dia pun tak berdaya nak lawan. Dolly & Mageedah, dua prominent woman ataupun dalam bahasa penulis, "gundek" menjadikan pembaca KASINO lelaki berasa tidak selesa di celah kelengkang jikalau memakai boxer loose dan sedang berdiri di dalam tren nak ke KLCC ketika orang ramai. (true story). Cukuplah aku describe setakat ini. Nak lebih-lebih kang korang cakap aku gila seks pulak. 


iv. DIALOGUES
Sempoi dan tak janggal. Rasa smooth je bila kau baca dari awal sampai akhir. Seolah-olah dialog pertuturan biasa. So takdelah dalam keseronokan kau berjimba dengan novel nih ko terpaksa berhenti sekejap memikirkan dialog-dialog yang kaku and terlalu formal. Suka!



Setakat nih KASINO aku rank antara bahan bacaan loose yang aku suka, di samping New Malaysian Essays dan The Malaysian Maverick. Isi tak berapa berat namun cukup padat dengan latarbelakang politik, Islam, metroseksualiti dan selok belok perjudian. Tak salah nak baca kalo setakat nak kenal kan? 



1 comment:

beautiful_rose said...

hebat!
aku juga sudah habis baca novel ini.

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff