By the time you've read this, Harimau Malaya is already
out of the AFF Suzuki Cup Tournament. Or more precisely, "robbed" of
their crown by questionable match officials, whose leaders spend time lauching
self-destruct rockets in mid-air. Pfft!
Nevertheless, we should be proud of Harimau Malaya’s
quick comeback from the humiliating 3-0 defeat to Singapore
(or England or China or Bosnia ),
beating minnows Laos 4-1
& traditional rival Indonesia
2-0 in the process.
Not forgetting their dominating performance in the 1st
leg against Thailand
in Bukit Jalil, which I went by the way. =p
Kudos to Dato' Raja & his boys on another great run,
marred by the surge in power of the loud & notorious Harimau Malaya
fanatics, Ultras Malaya. I believe the
boys showed great character to progress to the semis when all pressure we're
put on them, the media, Najib Razak & also the so -called Harimau Malaya
fanatics themselves. "Rajagopal Apa Kau dah Buat" &
"Singapura Itu Anjing" was a GREAT hit btw. Top the charts for a few
weeks didn't it?
All my life, stadiums or sport arenas are not my
favourite places. It’s full of people; smelly, sweaty & bavaric people. But
when we were the host for the group games of AFF Suzuki Cup & also some of
my friends are enthusiastic about going to the stadium to catch the games, I
can't help but tag along for the experience. And boy were they sweet!
* * *
4.00PM -
Hujan melimpah tidak membantu niat kami untuk sampai
Bukit Jalil sedikit awal. Sudah sebati jika di Kuala Lumpur kalau hujan alamatnya jalanraya
bakal bertambah sesak. Tambah lagi dikala waktu-waktu puncak bilamana warga kota sedang berpusu
hendak ke stadium. Megat pulak elok dah nak sampai rumah baru sedar tiket
tertinggal dekat Gombak. Bad Luck Brian sangat. Tak larat nak menunggu,
perjalanan epik ke Bukit Jalil dimulakan tanpa Megat. Better safe than sorry,
Megat. Better safe than sorry.
5.00PM -
Prediksi aku tepat. Dari Angkasapuri sampai ke Plaza Tol
Pantai NPE, kenderaan berjalan lancar ditemani hujan segan-segan lebat.
Berbaloi jugaklah RM 1.60 nilai tol yang harus dibayar. Nasib baik bukan kad
Touch & Go aku. =P
Perjalanan dari Plaza Tol Pantai NPE diteruskan ke Bukit
Jalil. Dari NPE masuk ke MEX, aku carik exit ke Kompleks Sukan Negara. Sekali
sampai ke Interchange Salak Selatan nak masuk Kompleks Sukan Negara,
PPEEEEEHHH! Mobil warga kota
berduyun-duyun menyelit nak keluar di exit yang sama. Pasrah.
Masuk stadium nak parkir pun kena bayar jugak. Amboih
bukan main RM3. Parkir dalam Tropicana City Mall yang siap ber-PakGuard bagai
pon RM1 jek sepanjang hari. Ape kes?
Selesai carik parkir spot yang sesuai, kami melilau di
perkarangan stadium sambil melihat peniaga-peniaga kecil mengambil peluang
mencanang puluhan ribu manusia yang hadir dengan lambakan jersey replika murah,
mafla pelbagai size & design, juga pelbagai barangan yang bertemakan
Harimau Malaya. Niat memang nak beli mafla pon. So RM15 terpaksa aku pisahkan,
belitan mafla Harimau Malaya di leher jadi penganti. Eceh macam dekat UK je nak
belit2 mafla kat leher bagai. Ingat tengok dekat old Trafford?
Hujan di Bukit Jalil masih tegar.Tapi demi kepuasan
maksima, seat depan jugak yang kami carik. 5.30 PM kami dah berada di dalam
Stadium Bukit Jalil, seated, ready to set the stadium on fire. Budak-budak
Ultras tak payah cakaplah. Masuk-masuk je dah nampak bendera depa terpampang
besar belah kiri kami. Datang pukul berapa tu entahlah. Lagi maha awal agaknya.
Geng-geng datang awal. |
7.00 PM –
Sedih. Yang datang stadium hampir 60,000 orang. Tapi
tempat/ruang solat yang disediakan hanyalah sebuah khemah kira-kira 3mx3m jek.
First time aku sembahyang dalam hujan. Atas batu mar-mar pulak tuh. Moga-moga
solat aku diterima.
Anyway, agak frustrating jugaklah kelengkapan solat di
dalam perkarangan stadium sekadar khemah segan-segan hidup jek. I mean kamonlah
SBNJ, you do the math. Its 60,000 people whom I can see are majority Malay
Muslims, and the game starts at 8PM while Maghrib is around 7.06PM. And all
you’ve prepared for us is a small tent?
Ini saf lelaki. Saf perempuan aku tak nampak pulak
kelibat. Sudahlah kena pakai telekung semua bagai, tambah hujan pulak tuh.
Kalau diorang sediakan khemah terbuka cam saf lelaki jugak camne lah diorang
nak solat dengan selesa.
Yang tak sembahyang tu, itu urusan hang dengan tuhan lah
yek.
7.30 PM –
Stadium dah mula dibanjiri dengan warna hitam kuning.
Suasana hingar meliputi seluruh stadium. Penyokong fanatik Ultras Malaya &
Team Malaysia ibarat konduktor orkestra agung, segala paluan & sorak-sorai di
‘echo’ seluruh stadium. Suasana yang cukup gepitang. Aku punya jantung
berkocak-kocak mengikut rentak isi stadium. PERGH! Aku dah tak senang duduk.
Megat sampai.
Isik Rumah + Megat |
Time nih tengah sesi panas badan. Nampak lah kelibat
player Malaysia
tengah lari sepoi-sepoi bahasa dekat
hujung belah kanan. Farizal & Khairul Fahmi tengah training dengan coach
goalkeeper tengah-tengah padang . Kelicinan bola akibat dibasahi hujan
membuatkan Khairul Fahmi terlepas beberapa percubaan pra-matang coach ke
arahnya.
Sejurus mereka kembali semula ke dalam bilik persalinan.
Mungkin bersiap untuk perlawanan & solat Maghrib. Husnozan.
7.45 PM –
Kelibat skuad Harimau Malaya & Gajah Perang sudah
kelihatan di gerbang masuk stadium bersama-sama dengan pengadil & penjaga
garisan. Barisan pemain diiringi masuk dengan sorak gepitang seluruh isi
stadium. Sejemput penyokong Gajah Perang keliahatan bersebelahan Grand Stand.
Sedih.
Aura yang dibawa Ultras Malaya dengan mengangkat mafla
sambil mengulang sorakan “Oooo…Ooooo..Ooooo…MALAYSIA !”
sangat meremangkan bulu roma & bulu ketiak aku.
Sebaik putaran muzik Lagu Negaraku dimainkan, aku tidak
semena-mena dirasuk seekor jin yang terlebih hisap ganja jenis “Patriotisme”.
First time aku rasa aku nyanyi Lagu Negaraku dengan mendabik dada, tangan kanan
firmly menekan dada kiri, tidak ubah seperti atlet-atlet sokan yang lain ketika
menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing.
Hanya beberapa kaki sahaja dari padang |
Entah bilamasa referee tiup wisel permulaan, sedar-sedar
game dah start. Mungkin tiupan wisel beliau ditenggelami pekik penyokong
Harimau Malaya, ataupun paluan-paluan gendang yang seolah-olah tiada henti.
Sorakan fanatik Ultras Malaya tiada henti dari permulaan
game sampailah tamat separuh masa pertama. Stamina kuda agaknya. Mesti
girlfren-girlfren diorang gembira. Eh? Tapi seriously aku respect betul dengan
Ultras Malaya. Harapan agar sokongan & ahli Ultras Malaya kekal sentiasa.
Harimau Malaya needs their 12th man, especially in the home games
where they should dominate!
Emosi menjadi bahan ujikaji malam nih. Sekejap aku boleh
jadik macam orang sakai berdiri sambil
hayun-hayun mafla, sekejap aku boleh jadik Brock
Lesnar mengamuk menjerit dekat referee kalau tackle-tackle kasar tidak
diendah & dibiarkan begitu sahaja. Rasanya banyak kali jugak aku
terjerit-jerit dekat ref malam tuh. Hopefully ref tak kecik hati dengan aku. =P
9.00 PM –
Belum sempat kami habiskan lagu “Inilah Barisan Kita”
mula separuh masa kedua, kelihatan Mahali Jasuli sedang melakukan over-lapping
run di bahagian kanan, membawa bola seorang diri dari bahagian midfield tanpa
di celen. Angkuh betul Gajah Perang meninggalkan Mahali Jasuli seorang diri
tanpa dijaga.
Ramai penyokong mula bangun dari tempat duduk mereka. Aku
pun seraya mengikut rentak mereka. Ada yang
dibelakang menjerit “Hoi Duduklah!”. Maaf bang, excited nih! Takde maknanya aku
nak duduk.
Satu hantaran horizontal dilakukan oleh Mahali mencari
Norshahrul Idlan Talaha. Diapit oleh dua orang Centerback Gajah Perang,
Norshahrul tetap berjaya menemukan kepalanya dengan bola hantaran Mahali. Gol.
Chantek!
Seraya satu gelombang ekstasi memukau Stadium Nasional
Bukt Jalil. It was a joyful unbelievable extravagant feeling! It was there
& then that changes my perception of watching football in a stadium, a
place where it was meant to be watched! The sudden rush of serotonin, the urge
to suddenly high five all of the people around you not knowing who they were
exactly, and of course the orgasm that you get when your team scored a goal ; all
of these emotions bundled in one extraordinary moment.
From that moment on, the supporters have a new found
belief, that Harimau Malaya could do it all the way. But it was not meant to be
that night.
With similar fashion, Gajah Perang raise to the occasion
and up jumps Theerasil to head the solidarity goal for Gajah Perang. But we
stayed true to Harimau Malaya, voicing out our support even when they conceded,
at least I did.
* * *
My trip to Stadium Nasional Bukit Jalil changes my
perception of watching football in a pack stadium with thousand of strangers,
having a common cause, supporting the same team.
Now all I need to do is to get tickets to the Selangor v
Johor Darul Takzim game on the 22nd of January 2013. Anyone wanna
join me? =)
PS : Jangan bawak payung masuk stadium. Gerenti hilang lepaih tuh.
No comments:
Post a Comment