Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed
He's back. Just in time. =)


Jam tujuh separuh ke lapan malam.


Dalam kereta, menghirup wangian tiruan.


Mobil warga kota masih lagi merangkak-rangkak di jalan-jalan berkepentingan.


Mengigit bibir. Memicit kepala yang tidak pening. Cuba menenangkan hati yang porak kepada benda yang tidak bernyawa.


Manusia zaman kapitalis mana yang suka masa & petrolnya terbuang dek trafik masa-masa puncak.


Punat volume radio dihenyak bertubi-tubi. Lagu yang kurang asing kedengaran.


"Menghapus Jejakmu" dendangan band porno indonesia. 'Catchy'. Layan.


"Terus melangkah melupakanmu, Lelah hati perhatikan sikapmu..."

"Perlahan mimpi terasa menganggu, Ku cuba untuk terus menjauh..."

"Engkau bukanlah segalaku, Bukan tempat tuk hentikkan langkahku"

"Sesudah semua berlalu, Biar hujan menghapus jejakmu"


Senyum. Pedal akselerasi ditekan perlahan. Myvi merah berderum garang. Gear masih neutral. Terlupa.


"Engkau bukanlah segalaku, Bukan tempat tuk hentikkan langkahku"

"Sesudah semua berlalu, Biar hujan menghapus jejakmu"


Kaki kanan beralih. Kini pedal brek dihenyak lembut. Senyuman masih melekat.


"Lepaskan segalanya. Lepaskan segalanya. Lepaskan segalanya. Lepaskan segalanya"


Aril porno seolah memberi nasihat, seakan memahami situasi diri. 


Jenuh juga makan hati masak asam pedas hari-hari. 


"Lepaskan segalanya. Lepaskan segalanya. Lepaskan segalanya. Lepaskan segalanya"


Ok Aril, Ok. I understood you the first time.


Dengan nasihat suara husky bintang porno Indonesia, dengan ditemani ribuan warga kota di dalam mobil yang tidak bergerak, Aku lepaskan segalanya...... Aku lepaskan segalanya.



                                                                        *  *  *

Apologis Si Penghancur Hati. Kasar rasanya aku label kau sebegini rupa. Kau lansung tidak berdosa. Hanya aku yang terkinja-kinja beriya-iya.


Apologis Si Penghancur Hati. Mungkin taksubku mengejar cintamu membutakan deria kewarasan akalku.


Apologis Si Penghancur Hati.  Separuhnya aku yang bersalah dengan egoku. Separuhnya engkau harus rasa bersalah juga. Masakan tiada lelaki yang tertampan dengan seri wajahmu & sifat sikapmu yang lembut & berbudi? 


Haha. Aku bergurau.


Apologis Si Penghancur Hati. Sepatutnya elok sahaja aku hentikan gelaran ini. Aku yakin bukan niat kau untuk membikin hati orang porak.


Apologis sekali lagi. Buang yang keruh, ambillah yang telah di-Osmosis Berbalik, ye?


So, urm, friends?


                                                                        *  *  *

"HHHHHHHHHHHOOOOOOOOOOOOOOONNNNNNKKKKKKKKKK"


Kia Forte Hitam di belakang menjerit tegas. Tersentap.


Sempat lagi dalam jem2 pon nak mengelamun. Myvi Merah bergerak sedikit ke hadapan. Jam sudah tujuh tiga suku ke lapan. Trafik masih lagi segan untuk maju. Maghrib burn nampaknya. 


Cilaka.


Hujan.Sejuk.Tarik Selimut.


Jam.Lewat.Tarik Selimut.


Kipas.Pusing.Tarik Selimut.


Bangun.Malas.Tarik Selimut.


Kau tahu tak? Aku kosong semangat.Bila aku tahu kau dah kena sunting.


Kau tahu tak? Aku kosong jiwa. Bila sampai berita kau dah ada orang berkenan.


Kau tahu tak? Aku patah harapan. Bila berita keriuk bukan kau yang beritahu.


Bodohlah aku ingatkan ada peluang nak selam lagi dalam.


Bodohlah aku ingatkan ada ruang nak aku letak hati seruam.


Bodohlah aku fikirkan sekelumit sayang kasih sayang.


Haha.Gelak pun apa guna. Nak puaskan hati? Nak puaskan diri? Nak hilangkan sunyi?


Kau tahu aku mana akan berdiri.Bila bukan kau yang disisi.


Ah celaka boleh pulak aku berirama. Bukan niat aku nak berdrama.






*Mengeluh*




*Tarik nafas*






Kau nak tahu satu cerita?


Ingat tak saat kita satu kereta? Penat berkelana ke Putrajaya? Aku konon-konon di seat belakang terlena?


Saat kau bercerita kisah suka? Saat kau ceria berkongsi cerita? Pabila kau kini milik jejaka?


Aku dengar semua kisah. Aku telita semua titah.


Manakan mampu aku terlena. Jika disisi kau aku berada. Namun, ketika masa bersama kau aku cari, berita ini yang kau beri.


Dalam olok tidurku aku tersenyum sendiri. Memikirkan kau tak pernah tahu kudrat di hati. Haih apakan nasib bukan engkau aku miliki.


Sial kenapa aku masih lagi beirama!






*                        *                         *




Jam dah pukul 7.30 a.m. Bahana tidur balik lepas Subuh. Capai tuala, masuk bilik mandi. Kepala paip dipulas arah lawan jam. Air terpancur keluar berderuan. Nafas ditarik. Kepala dihulur di bawah deruan air.


Niat dipasang di dalam hati. "Moga-moga hari ini lebih baik dari semalam". 


*Senyum*




"KICINGCANGCUNGCINGCANG"

Gua korek2 poket seluar short gua mencarik kunci rumah. Balik rumah awal hari nih. Gua frust menonggeng. Gimnasium UM hari nih tetiba dipenuhi jambakkan manusia yang menghuni semua mesin & besi, membuatkan gua sekadar mampu masuk kejap dan menghirup aroma gimnasium yang biasa aku hirup sejak 3 tahun yang lepas.

Kurang hajar betul manusia2 nih. Membantutkan semangat murni gua nak replicate badan Ryan Gosling dalam cerita Crazy Stupid Love.

Sesaat gua bukak pintu, gua disambut dengan dengusan kelakian Syami sedang mengadap cermin sambil mengangkat besi yang gua kira kurang dari 12 kg. Ewah2, semangat gimnasium gua hidup kembali.

"Acap ajak pegi Burger Bakar", tetiba Syami menyapa.

Betullah kata orang, when one door closes, another door opens. Ada hikmahnya rupanya bila tuhan tutup pintu hati aku untuk bergimnasium hari nih dan balik awal.

Sudah berminggu jugaklah plan nak pergi burger bakar nih tertangguh. Sebelum nih selalu je ade rintangan dan dugaan. Plus none of us really know exactly the way to the place before this. Namun setelah research yang Syami lakukan, berbekalkan sang street-smart Acap, dan Perodua Kembara Megat yang mampu meluncur membelah Lautan Merah, kami sepakat untuk memuaskan nafsu serakah kami malam nih jugak.

Kami menuju ke Kaw Kaw Burger Bakar di Puchong Utama, dalam Arena Lakso Makana, berdekatan Carrefour Puchong Utama. Jalan nak ke tempat ini takdelah susah mane. Kalo dari Pantai Dalam, anda hanya perlu meluncur di Federal Highway dan exit Damansara-Puchong Highway. Anda haruslah menuju ke Puchong ye, jangan ke Damansara pula. Kalau tidak sia-sia. Jalan yang selebihnya gua tak hingat! Gua sememangnye ade masalah retain photogenic memory kalau bab jalanraya nih. Nak senang carik landmark Careffour Puchong Utama sahaja. Nescaya anda akan melihat satu sign besar "Lakso Makana" nearby. Disitulah tempatnya.

Sesampai di Lakso Makana kami terus ke gerai Kaw Kaw Burger Bakar. Kami da bayangkan line yang panjang sampai ke tempat parking. Tapi apa yang kami lihat hanyalah sebuah gerai yang lenggang, tiada barisan lansung. Syami terus menerpa menu yang ditampal tergantung.

Ada single, double and triple set. Setiap set ade lima varieties. Gua tak ingat yang lelain tapi kami sepakat amek Double Baconizer. Acap sorang jek amek Single Baconizer. Sebab tuh Acap maintain kurus. Kan Cap? Baconizer nih kalo x silap ade Cheese slice plus extra Cheezy Sauce ditabur atas kepingan burger. Terliur kan? Kalo tak terliur jugak nah gambaq!

Syurga Puchong~


Kami buat order dapat giliran no.113. Masa kami buat order tuh, order no.89 baru siap. So kami kena tunggu lagi 23 order siap baru burger kami sampai.

Dalam menunggu kedatangan set-set burger eksotika ini, dinasihatkan bawaklah buku ke magazine ke ataupun sesapa yang ade smartphone tuh chargelah sampai battery full supaya anda tak bosan menunggu, boleh tweet2 dan berfacebook bagai. Takpun main Temple Run cam saudara Megat. Atau pun anda bolehlah mengambil masa ini untuk catch up dengan memember anda setelah seharian berkerja mancari nafkah. Bolehlah jugak anda bantai gelak ketawa sepam dua, tidaklah terasa penantian anda itu.

Burger kami sampai kira-kira dalam pukul 10:35 PM begitulah kiranya. Setengah jam penantian, tidaklah terlalu menyeksakan ye tak?. Ada berita yang sampai sejam dua menunggu burger sampai tuh tak tahulah tahap kesabaran mereka macam mana. Tapi penantian Burger Bakar ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Tidaklah seperti menunggu dibalas cinta sampai setahun lebih pun masih tiada jawapan. Eh? Teremosi pulak disitu. Maafkan gua.

Sesampai sahaja Burger Bakar anda, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah mengambil bau. Ye mengambil bau. Aroma kepingan daging lembu yang baru sahaja selesai dipanggang atas hangat arang hitam, kini terhidang di depan mata anda, seharusnya mengeluarkan aroma yang pasti membangkitkan deria. Ditambah lagi dengan alunan keju cair yang membanjiri surface area daging panggang anda. Sudah cukup untuk menggoncangkan iman orang-orang gemuk yang sedang berdiet.

Perkara kedua yang harus anda lakukan adalah mengambil gambar. Ye mengambil gambar. Kerana seeloknya sebelum anda abdikan kepingan daging panggang, roti berbijiran, sayur kobis, timun, kepingan keju, alunan keju cair, juga sos cili di dalam mulut seterusnya ke dalam perut anda, abdikan lah ia dahulu ke dalam kamera anda. Kerana benda yang sempurna seperti ini, hanya datang sekali sekala sahaja dalam hidup. Sekali Sekala Ya. Bagi yang mahu berkongsi saat bahagia ini bersama rakan-rakan yang tidak dapat bersama, gunakanlah apps camera seperti Instagram, YFrog, Lockerz, etc dan berkongsilah ia dengan rakan-rakan sosial anda di Twitter dan Facebook. Nescaya mereka juga akan 'berkongsi' kegembiraan yang sama. LULZ!

Perkara ketiga yang harus anda lakukan pula ialah enjoice! Ya enjoice! Lahaplah burger itu dengan seluruh kudrat anda. Seeloknya bacalah doa makan sebelum memulakan upacara lahapan tersebut. Ketika anda melahap, anda mungkin akan mengalami beberapa permasalahan. Sebagai contoh, gua, Syami dan Megat mengalami masalah untuk memulakan upacara lahapan sebab burger double kami terlampau lah besar Height x Width nya, mustahil untuk kami melahapnya dengan bukaan mulut kami yang tak berapa luas ini. Gua ambil alternatif untuk separatekan kepingan daging dengan rotinya. Gua makan top layer dulu. Second round gua makan bottom layer plak. Tapi Masyallah ko nak habeskan itu satu penyeksaan juga.

Permasalahan seterusnya pula adalah permasalahan menghabiskan burger bakar anda. Akibat daripada nafsu serakah anda yang order Double atau Triple, anda mungkin tidak akan mampu untuk menghabiskannya. Lainlah gua yang membela saka dalam perut. Steady je lahap sampai licin. Jadi beringat-ingatlah tentang kemampuan diri anda ye. Elakkan pembaziran kerana membazir itu amalan Encik Syaitonirahjim.

Perkara keempat ialah ambillah masa anda supaya burger bakar yang baru sahaja anda lahapi itu menyesuaikan diri mereka di dalam perut. Inilah masa yang sesuai untuk membalas kembali mensi2 ataupun komen2 di Twitter dan Facebook setelah anda 'berkongsi' kebahagiaan anda bersama rakan-rakan anda di dalam media sosial tersebut. Inilah juga masa yang sesuai untuk anda meletakkan tangan anda di atas perut dan rasakanlah perubahan drastiknya. Nescaya akan ade perubahan eleptikal walaupun seminimum 1cm.

Perkara kelima di dalam list ialah menyesal. Ya menyesal. Silalah menyesal kerana anda baru sahaja melahap 100 kcal kalori ke dalam food circulation badan anda. Silalah menyesal kerana anda sekarang perlu menghabiskan sekurang-kurangnya larian jog 15 km, ataupun bermain futsal selama 10 jam ataupun berkayak selama 18 jam bagi membakar kalori yang terdapat di dalam kepingan daging tersebut. Bagi yang mengamalkan diet pemakanan yang sihat tapi masih melahap burger bakar tanpa segan silu, silalah scrap sahaja plan diet anda. Nescaya tiada guna anda menipu diri sendiri mengatakan "This is my FIRST and LAST Burger Bakar for the rest of my life!". Percayalah, once you have the experience, you will be craving for more.  Eh?

Kepingan Daging Empuk yang menginzalkan~


Kami berangkat pulang sekitar pukul 11:15 PM dengan perut yang kenyang dan hati yang gumbira. Servis yang kami terima amatlah enak. Sempat jugalah kami berbual bersama owner Burger Bakar Lakso Makana, bertanyakan mengenai cerita From Rags to Riches beliau. Anda juga akan dihiburkan dengan bintang-bintang karaoke di Lakso Makana yang menyanyi ikut suka dan juga aksi-aksi miming terlebih feel. Mungkin akan membuatkan anda tergelak sepam dua. Overall, was the best burger adventure of my life.

Oh iya, Double Baconizer set harganya RM 17.50 sekali set dengan 3 batang Hawt Dawg. Tambah dengan gua punya Jus Tembikai dengan Teh Tarik RM 3.00. So sekali makan adelah RM 20.50. Dah sama harga macam pi makan dekat Carls Junior. Tapi lagi puas makan burger bakar. Seriously.

Tamatlah sudah Burger Bakar Adventures untuk kali ini. Nantikan adventure kami yang seterusnya!

From Top Left : Megat, Syami
From Bottom Left : Acap, My Baby

ps:
Mohon follow mereka di twitter;
@syamirahim - Syami
@saudaraikhwan - Megat




Naik kering jugaklah telinga aku dengar suara sayup mama dok panggil name timang-timangan aku kat rumah. Adakala nada die tinggi, adakala rendah, kekadang monotonus. Dah macam dengar iPod on shuffle. Bezanya cuma ada satu lagu jek.

"Abaaaaanng. Abaaaaaanng. Abaaaannng".

Mama dah tercegat kat pintu bilik gua. Ah sudah! Ini dah bahaya. Kalau gua tak bangkit jugak nih mahu die sebut nama penuh gua dengan nada penuh tegas, lagi tegas dari suara abang askar macho misai kumis iklan Dequadin dulu.

Aku angkat kepala, kornea aku cuba adjust dengan cahaya setelah lebih 6 jam kena sorok dengan kelopak. Kecut hati aku lima saat tengok satu lembaga putih elok berdiri pegang tombol bilik. Baru aku nak menjerit, mata aku bagi signal dekat otak recognize Mama pakai telekung. Baru lepas Subuh agaknya. Huish. Bahaya betul. Janganlah kejut aku pakai method2 seram camnih. Silap haribulan ada pecah tingkap bilik nak lari punya pasai.

"Bangun elok.Subuh cepat".

Berat.Nih rantai jenis apelah Raja Iblis ni guna ikat aku pagi-pagi camnih. Titanium gamaknya. Susah betol gua nak melepasinye. Dengan kudrat gua yang tak seberapa ini gua bangkit jugak. Sejuk tak hingat. Mana taknya tidur pakai boxer dengan singlet pastuh reostat kipas letak nombor 5.

Gua capai kain pelikat. Bau dah semacam. Adik aku punya la nih. Eceh macam aku punye wangi sangat. Lepas siap solat gua capai tuala plak. Lama rasenya gua tak mandi awal2 subuh camnih. Masa praktikal dulu selalulah jugak merasa mandi awal pagi. Pukul 5.30 dah bangkit, kol 6.15 da kuar rumah.

Hari nih kena semangat sikit bangun pagi. Angah punye konvo pagi nih. Bukan selalu gua tengok adik gua sendiri konvo. Dan bukan selalu jugak adik konvo dulu dari abang dia. Eh?

….INI….SUMPAH….AWKWARD….

Tapi apelah salahnya gua simpan ego gua dalam kocek sehari nih dan enjoice a special day for my brother. Kehadiran ke Majlis Konvokesi adik gua meriah gilo. Ade gak la satu dua van gua tengok masuk Poli die hari tuh. Nasib takde yang bawak sepanduk jek.

Oso, gua tak sangka budak2 Poli nih ramai yang sedap dipandang. Lelagi hari tuh elok semua berbaju kurung putih. Amboi macam bidadari 7 petala langit! Mama dah pandang gua semacam bila gua dok usha je budak2 baju kurung putih tuh. Eh? Cinta tak mengenal pangkat ketinggian pengajian tinggi Ma.

Graduan duduk depan. Family lepak belakang. Jenuh jugakla aku try carik kepala Angah kat mane depan seat tuh. Kepala. Herm. Teringat aku time Angah baru lahir dulu. Aku kecik lagi. Aku tak faham masalah kesihatan yang Angah hadapi. Dulu Mama Ayah pantang aku sentuh kepala Angah. Elok tangan aku je lah yang kena cubit atau babab tiap kali aku pukul kepala Angah. Ala biasalah, aku kan abang. Tak puas hati sket gua jatuhkan hukumanlah kan? Pemerintahan Kuku Besi, pernah dengar? Polisi tuh lah aku kenakan kat Angah dulu… Still do actually. =)

Bila aku besar sket barulah aku faham kenapa kepala Angah nih too valuable. Angah was born with a condition in which kepala dia tak cukup nutrients. Therefore, the skull cap did not develop properly, leaving a very soft tissue on a certain area covering his brain. Aku tak pasti ape medical term untuk mende nih. So basically ape yang Mama explains was that due to the lack of nutrients for the skull cap to develop, kepala Angah might burst given an external force applied to the affected area. A bump to the head, a nudge, or even tersentuh sket pon might poke a hole on his head. Angah was treated for almost 3 years. A tube was installed inside him going from him wrist through his neck and to a certain part of his head. Doctors would supply nutrients to his head from this tube every month. We thought after 3 years that he would be normal, that the nutrients supplied was efficient to the growth of his skull cap. It did its job well enough, but with a side effect.

Angah’s head started to deform elliptically. His forehead would start to grow horizontally, not in line with his jaw like normal people do. We we’re worried. By month the condition was getting worse. His forehead would offset his jaw critically. The doctors assured Mama & Ayah that the side effects would wear off eventually. But ‘eventually’ wasn’t good enough for Ayah. There’s not much that the doctors can do because the reaction was ‘normal’, knowing that the nutrients is taking its course. And so we waited.
When Angah was seven, now entering into the Primary School phase, his condition was still adamant. We went to the same primary, making it easier for my parent’s transportation routine. Making it in the primary years was not easy either. Budak2 tahulah camne kan? They are attracted to things they find strange or weird. The first few years Angah was taunted, called on different names. “Jendol”, “Flowerhorn”, “Badak”. But Angah was a tough nut to crack. Most of the time he just ignored them. I never had the chance to stand up for him. He never wanted me too.

A few years after that, now in his standard 4, his forehead was shaping normally. No more Mr.WeirdHead. He made the school hockey team, also hockey club president the next year. Got noticed by the teachers due to his athleticism. Also he put on weight, making it difficult for people to believe I’m his elder brother coz I was as skinny as a lidi.

"Farith Redha Bin Roslan"

I beamed as his name was called to receive his diploma. Managed to snap a pic or two. Mama was wiping something in her eyes. Must be those damn dusts that are making Mama’s eyes watery. Pakcik depan aku nih pon dok sebok ngelap mata die. Hish pehal lah dewan konvo Poli nih berhabuk sangat! =P

Keluar je Dewan Konvo, Mama dah beriya nak bergambar. You know your mom loves you when even with the heat outside reaching a 40 Degree Celcius, she still wants to take pictures with you out in the open.

Selesai snapping gambar upacara penyampaian hadiah plak. Ni yang gua jelly nih. Mama bagi Angah jam branded baru, Ayah pulak bagi Samsung Galaxy Tab 10.1. Gua mampu bagi perfume dengan t-shirt jak. Mesti Angah tengah flip2 facebook guna Galaxy Tab skarang kan? Gua jelly.

He grew up with a condition doctors said that would limit his ability to think and gain knowledge. He grew up with an abnormal physical condition at such a young age, that doctors said can affect his social abilities. Well seeing Angah clenching his diploma, well-dressed donning his graduation robe, I say, these doctors have a lot to learn about the human will and human spirit.   

To Angah, I always believed in you and your abilities. Good luck in the next adventures of your life. Till then, have fun with the Tab and hoped you like the perfume! Happy Graduation You Fat Bastard!


“Abang! Ina dapat sepuluh!”

Alhamdulilah.

Hearing her voice so joyful makes me feel happy as well. Not the first time I’ve listen to the excitement in her voice. The first time I heard that tone was when she was about five or six, I think. She just lost her favourite blanket or in Malay terms “bantal busuk”. I still remember that old stinky plush with gut so. It was purple with some patterns complementing the stench it gives. Sort of like animals or aliens or something. I couldn’t really recall the details.

But it lived up to its name. You know how bantal busuk are right? Well in case if you didn’t have one, let me give you a sneak peek. It’s horribly smelly, full of saliva leftovers from who-knows-when and the moment it comes in contact with your skin, the smell stays for a good couple of days before it actually fades away!

My granny could not tahan the smell already. Now imagine that. Even an elder, provided that her incline in age means a decline in her perusal human senses, could not contain the stench it gave away, imagine what I, her bother who cannot resist the cuteness for the-then cute little sister, have to endured to get close to her. So what my granny did was she took the bantal busuk in the wee hours of the morning before my sister wakes up. She sental the germs & saliva & what other incumbents which have made habitat on that pillow till it was squeaky clean.

As expected the moment she wakes up, a loud cry can be heard from my parents’ bedroom, waking up the whole house in the process to comfort her from crying. Luckily the bantal busuk was dry enough for granny to be wiggling it to my sister. She stopped crying altogether. We were expecting her to cry again when she hugged her bantal busuk, noticing that all of the usual stench, smell even frozen saliva, has completely vanish. But to our surprise, she giggled and smiles excitedly while hugging her now very clean companion, oblivious to her family members who had just been dumbstruck by her reaction. She giggled quite long though, long enough for it to get stuck in my head. She was clearly very happy indeed; despite the conditions of that bantal busuk no longer have the ‘integrity’ to be called one.

So here we are, eleven years into the present, hearing the same ol’ giggle she gave the time she got her bantal busuk back. The frequency of the giggle coincide with how genuinely happy she was at that time. And I’m pretty sure she’s as happy now as she was the day she found her old companion back.

But as I constantly remind her, as I constantly remind myself back then, getting great results in your SPM does not necessarily mean that you would have a perfect future. Clearly that your results shows you’ve worked hard for thing you want to accomplished but later in the future, you need more than just academic excellence to help you along the way. Never lose that momentum that you’ve gained all the while during your SPM preparation. Never underestimate your time in your Matriculation or Foundation as a walk in the park. Just because you’ve aced your SPM does not guarantee you even 1% that you would aced your Matriculation/Foundation as well.

I’ve known this little sis, because I have done that mistake. I have underestimated my time during matriculation. I have underestimated my time during my first semester in my varsity. I am lucky enough to be where I am now. However, luck may not always be a good companion for those who want to achieve more. Therefore, I urged you never to underestimate even your weakest enemy. Always be prepared for even the simplest of task.

Always am proud of you, in whatever you do. Always.
Dekat tempat kerja aku nih ade sorang budak baru. Dah nak dekat sebulan jugak la dia kerja campur minggu nih. Aku tengok relax semacam je datang ofis. Kekadang masuk awal, kekadang masuk lambat. Kalo awal tuh awal sangat. First day hari tuh masuk ofis pukul 8. Padahal ofis bukak kol 9. Bahaha. Nerd. Tapi kalo lambat tuh, amboih! Bukan men. 9.30, 9.45. Masuk lambat jalan boleh plak slow-slow, cam jalan atas Red Carpet nak masuk Golde Globe Awards gamaknya. Puih!

Ade satu hari tuh, hari Friday tak silap aku. Masuk kol 10 syial budak nih. Alasan standard, LRT rosak. Puih! Seb bek la bos meeting hari tuh kalo tak dah kena basuh dah la budak kerek nih.
Budak nih salah sorang budak scholar company katanya. Untunglah~. Belajar free-free jek. Dah habes belajar terus dapat kerja plak tuh. Aku dulu punye lah susah kena pergi interbiu sane sini. Interbiu pon tuh belom tentu dapat. Ada gak interbiu yang aku pegi tapi kena gelak plak. Hampeh! Tapi budak nih, takyah susah2 interbiu. Keluar2 jek terus dapat post. Takyah nak berpeluh larik sana sini kejar interbiu. Jilaka!

Gaji pon entah2 lagi tinggi dari starting gaji aku dulu. Aku takdelah tanya direct budak2 scholar yang lain dalam ofis nih, tapi tengok dari cara diorang spend duit, besar la jugak kot. Ade sorang budak scholar tuh dapat 1st gaji beli Galaxy Note! Syial budak2 nih! X pandai nak calibrate perbelanjaan bulanan lansung! Kang hujung bulan tuh ikut perut. Percayalah cakap aku!

Hah.Mane budak tuh pi? Hah.pi ngorat akak HR lettew jual minyak.Yang akak HR nih kuat melayan pon satu.Lagila budak tuh suka. Gelak senyap-senyap plak. Nak buat lawak, buatlah lawak satu ofis nih.aku pon nak dengar jugak!...Eh! Silap! Puih! ingat ko lawak sangat!

Hah tuh buat ape lak tuh? Amboi relaxnye depa! Buat-buat baca layout konon! Buat-buat baca blueprint konon! Amboi kuatnye depa berlakon! Uih main SolidWorks pulak~ Amboi relaxnye depa. Huish jelez kemain aku nih! Aku bukan men penuh workload! 

Eh? Bukan bos budak nih takde ka? Tak silap aku depa pi site sampai Jumaat nih.......

Hehehe.



*             *             *


*PING*

"Sape plak anta email time gua tengah layan solidworks nih.Potong stim plak lah"

*Click*

­­­­­­­­­­­­­­­­__________________________________________________________________________________

Dear Faisal


I need you to estimate the build quantity for this steelwork. Scheduled to be erected somewhere around May. If you could complete this by this Friday that would be great! If you need anything just ask me.

Please find the attached file as the drawings of the steelwork Ref: 1234-567-8910REV3. Other related drawings can be find in the library if needed.

Thanks! 
__________________________________________________________________________________

"Okeh. Ini melampau."



*        *       *



Maka bermulalah episod frust menonggeng tatkala e-mail seumpana ini diforwardkan daripada senior-senior Civil kepada junio-junior Mechanical. Sejak bile plak kerja-kerja estimate barang nih jadik kerja Mechanical plak. Ape kejadahnya semua ini?
BERAT, bagi yang terlalu santai. RINGAN, bagi yang memberi perhatian.

Bukanlah norma manusia untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka ketika bersantai menonton wayang tatkala selepas penat seharian bekerja. Namun atas sebab nak meneliti dan mencuit segala hype dan rave review Bunohan arah Dain Said, maka terpaksalah aku gagahkan minda aku yang tak berapa tajam ni untuk diasahkan semata-mata nak "menikmati" Bunohan.

Jalan ceritanya tidaklah terlalu susah untuk difahami. Ikut flow mana-mana cerita bertemakan duri dalam daging. Cuma kadang-kadang ada babak-babak yang perlu diteliti dan diberikan sedikit penguisan bagi menikmati apa maksudnya, tersurat mahupun tersirat. Intro Bunohan sahaja dah cukup untuk membuatkan penonton tertanya-tanya. Trick yang baik aku rasa sebab dari awal lagi cerita ini mahu penontonnya memberi sepenuh perhatian.

Tak lupa juga dialognya sarat dengan loghat Kelantan pekat. Dari awal sehinggalah ke akhir cerita. "Cakna". Aku suka perkataan ini. Ditutur hanya dua kali kalau tak silap sepanjang tayangan. Kalau nak belajar loghat Kelantan sedikit, Bunohan membantu sepenuhnya. 

Sinematografi Bunohan agak noir. Maksudnya hampir majoriti skrin berada dalam keadaan suram, sugul agaknya. Sesuai dengan mood pada dan ketika. Penonton akan disajikan dengan tayangan awan, sungai, laut, pantai dan juga terik panasnya Kampung Bunohan. Tambah lagi dengan pelakon-pelakon yang sentiasa berpeluh dari awal sampailah ke akhir cerita. 

Dari segi watak, rasanya tak hidup cerita ini kalau pelakonnya tak menjadi ye tak? Tiada sangkal dipihak aku. Semua pelakon berjaya menghidupkan watak masing-masing. Namun, ade juga watak-watak yang akan membuatkan penonton gusar memikirkan kaitannya dengan cerita.

Nasihat aku, kalau kau inginkan kelainan dalam filem Melayu, inilah cerita yang harus kau tontoni. Tak rugi untuk berfikir sambil bersantai. 

Akhir kata, jangan tengok Bunohan dengan budak sekolah tak lepas PMR. Kalo x mampos kena explain satu-satu. 

*SPOLER ALERT : Nak tengok Bunohan kena bukak minda. Tak open-minded rugi.*

Cheers!

People are born with gifts and specialty. We obtain or discover these "gifts" at a different time in life. Some discovered it at a tender age.Others needs a little nudge in the nards to discover such things exists.

Me? Well, I discovered mine when I was going down to the dining hall to have dinner one evening. The college seniors was having some sort of a Cultural Performing Arts promo for the juniors. Penuh orang dekat lobi tiba-tiba. Penuh sangat. And I hate crowds. Really hate them. No reason. Just tak suka crowd dengan orang-orang yang tak dikenali. Rimas mungkin. Takut kena raba mungkin juga.

"Dik sign up lah sini dik. Boleh dapat merit senang-senang je boleh stay college nanti!", Abang senior datang mencelah laluan aku nak naik dining hall.

Jilaka. Aku kebulur nih. Kalau bukan kerana sifat hipokrasi yang mengalir dalam badan aku nih, dah lama aku meluru tolak abang senior ni ketepi.

Tapi adat resam orang Melayu. Orang berbudi, kita berbahasa, ye tak?

"Eh takpelah bang. Tak minat lah. Hee". Senyum. Tak ikhlas. OK please putuslah harapan kau nak suroh aku sign mengesign nih bagai.

"Alah dik sekejap je sign nama. Tak lama pun", Abang senior sorang nih reluctant la plak. Napela semangat sangat suroh aku sign up nih.

"OKlah bang. Nak saya sign up kat mane nih?", Layankan je la.Cepat sign cepatlah aku boleh pegi makan.

"Ko minat ape cultural arts?", Eh banyak soal plak.Tadi suroh aku sign up jek.

"Cultural arts? Err. Alamak. Menyanyi boleh la bang. Tapi saya lagu2 melayu asli nih fail sket", Jujur kot. Cultural arts pada aku waktu tuh menyanyi je lah yang aku reti. Tu pun main taram je la asal dengar sedap.

"Hai.Takpe.Tak kisah pun. Nah la. Ko sign up untuk kelab nih dulu. Kelab nih tak ramai orang lagi"

Tak ramai orang ke? Dah tu nak suruh aku sign up plak buat ape? Ingat aku nak datang la plak kan?

"Ape nama kelab nih bang?" 

"Halusinasi"


                                *                                 *                                    *


"WWWWWUUUUUHHHHHUUUUUUU", lamunan aku terhenti sekejap bila Sufee terjerit terlolong waktu announcer umumkan "Dewi Bunga" juara Teater Festival Seni. 

Terkesima.Tak percaya.Gembira.Semua aku rasa malam tuh. Tambah lagi dengan pekik lolong suasana dalam DTC.

Siapa sangka karya naif & ringan "Dewi Bunga" mampu diangkat menjadi juara. Siapa sangka set pagar-pagar kecil & kain rentang besar diisi bunga tanjung mampu menjadi pentas permainan yang lebih elok daripada set-set besar yang gah & boleh bergerak-gerak tanpa arah tujuan. Siapa sangka pelakon-pelakon mentah yang lansung tiada pengalaman meniti pentas teater mampu menghidupkan karya fantasi bunga & kumbang.

Siapalah sangka kan? Satu group manusia yang tak pernah bertegur sapa, berbual, apatah lagi mengenali hati budi masing-masing sebelum ini menjadi satu familia extravaganva.

Senyum lagi. Puas mungkin. Puas sebab aku jumpa gift aku. Berlakon? NAAAAAAHHHHH!

Halusinasi. That's my gift. The gift of being a family with strangers you never knew before. And God please make it be this way forever.
Salam Dear Readers and a happy early Saturday!

This is going to be a business related post. Yes business. For the first time ever in ayedologydotblogspot history.
Continue reading at your own risk. You have been warn.

In case of you nerds haven't heard, Cardiff City have booked a placed at Wembley for the League Cup finals against Premier League strugglers, Liverpool Liverfool. Yes struggulers, for their standard. Kenapa? ade masalah? Anyway, like I said, this post is a business related post, not a footie blog. So spare me your bash and booss Koppies.




So what Malaysia have to do with a Wembley Final?

Simple. This.
Tadah! The best marketing strategy ever!



Err..Tak Faham lah.

Okeh takpe. Memandangkan korang takde basic ekonomi (cam la aku ade kan?), biaq cheq teghang kat hangpa. 

Cardiff City FC ialah sebuah kelab bolasepak di bawah naungan Liga Divisyen 1 England atau nama komersialanye Npower Championship League. Kenapa nama die camtuh, itu kenalah tanya sponsor depa. Now, Cardiff City punya homebase terletak di Cardiff,Wales. Bukan kat England. Tapi sebab depa punya kelab sikit sangat and negara depa takdelah besaq seperti Scotland atau Ireland yang mampu ada liga sendirik, depa pon dengan selamba hamsapnya join jek England punya liga. 



Oooo. Eh jap2. Camne ade nama Malaysia kat jersi Cardiff nih??? Apsal tak taruk nama Wales ke Cardiff ka?

Okeh, this is the part where we get a little bit serious. Tan Sri Vincent Tan, bapak kepada Berjaya Corp & tokan kesepuluh terkaya Malaysia telah membeli controlling share for Cardiff City FC secara lumpsum pada awal 2010. Ade ke beli share pakai lumpsum? aku main bedal je nih. Anyway, Vincent Tan telah menaungi Cardiff City FC sejak dari tahun 2010 sehinggalah ke hari dan ketika ini. 

Misai tebal la abang Tan nih!



Ape motip beliau beli Cardiff City FC? Beliau bukannye ade childhood di UK pun seperti Tony Fernandez?

First of all, motip orang-orang kaya nih beselah, nak beli benda yang orang lain tak leh beli. Secondly, its mainly about expanding their business or finding new grounds to venture into. Malcolm Glazer dan adik-beradiknya takkan berhempas pulas hutang sana-sini semata-mata nak beli Manchester United FC kalau tidak kerana branding MUFC itu sendirik dan usaha Malcolm Glazer untuk cari pasaran baru syarikat insurans bawah kencaman beliau. Tom Werner takkan beli controlling share di Liverfool kalau bukan kerana branding Liverfool itu sendrik dan fan-base nye yang melimpah ke seluruh pelosok dunia. Hatta Tony Fernandez sendirik pon beli QPR bukan atas dasar bolasepak semata-mata. Tak perasan ka jersey QPR dok pampang logo MAS ngan AirAsia? Kebetulan? Kebetulan kepala hangguk hang!  Banyak lagi nama-nama tycoon yang beli EPL clubs bukan atas dasar "love for the game", tapi sebaliknya atas dasar "love for money". Siapa yang nak salahkan mereka pon ye tak? Duit mereka, suka hati mereka lah nak beli ape pon. Inilah namanya sports marketing kawan2. Beli badan induk ataupun team yang dah ada nama, and gunakan nama mereka untuk tolong marketkan produk-produk kita. Tadah!



So samalah dengan apa yang Vincent Tan buat nih? 

Yes. Konsep dia samalah. Beli and market. Beli and market. Tapi berbezanya Vincent Tan dengan tycoon2 yang lain ialah Vincent Tan tak memperagakan produk-produk Berjaya Corp. Ko ade nampak Cardiff City pakai jersey lambang Starbucks ke, KrispyKreme ke, Umobile ke, Kenny Rogers ke.. Ada? Ada? Bak kata Azwan Ali, NANHADOOO! 



Err..So Vincent Tan promote mende? 

Tuh gambaq tuh aku dah letak elok atas tuh. Hang tak nampak ka?



Eh? Ooooooo! Dah Paham Dah!

Ape yang ko paham?



Er..Vincent Tan promote Mesia!

Erk.Hah?Apedie?Sebot betul2 boleh tak?



Mesia! Mesia!

MALAYSIA! Mesia,mesia. Nih orang mane nih, sebut negara sendirik pon tak betul.



Kelate.

Oooo.patutlah pon.



So itu je lah specialnya Cardiff City nih? sebab ade nama Malaysia dekat jersey.

Not only that, Cardiff City is playing in the League Cup finals at Wembley.


Abang Tan bersama-sama Manager & Director Cardiff City FC


So? Apa beza dia? Sama je lah final tiap-tiap tahun pun. 

Heh. Okay, picture this. Beza final and game-game biasa ialah jumlah penonton. Final League Cup akan berlansung di Wembley. Betul? So agak-agaklah kalau final ko rasa berapa orang yang tengok? Oleh sebab orang-orang English and Welsh nih hidup-makan-tido-berak bolasepak, so aku boleh anggarkan majoriti penduduk di England and Wales akan menonton match nih. Itu baru England and Wales. Belum lagi seluruh rakyat United Kingdom seperti Scottish, Irish and Northern Irish yang pasti takkan melepaskan peluang nak menonton. Tu belum kira Koppies dari seluruh dunia. 

Rupa fans Liverfool @ Koppies. Hensem kan?

Liverfool merupakan salah sebuah kelab bolasepak yang mempunyai fan-base yang luas menjangkaui batasan norma geografi dan geopolitik. Tak lupa jugak kepada peminat-peminat bolasepak yang lain, pastinya tiada salah mereka menonton Liverfool belasah (or struggle?) Cardiff City di Wembley. The Sun menanggarkan hampir 800 juta penonton akan berada di depan kacatele or kacalaptop or kacaMac (bagi AppleFAGS) untuk menyaksiakn final di Wembley ini. Jelas? 

Peminat tegar Liverfool - Caroline Wozniacki. World's former  No.1 in Women Tennis




Maksudnya?

Maksudnya, untuk 90 minit atau lebih di Wembley, nama MALAYSIA akan diperkenalkan ke seluruh dunia. Bagi 90 minit atau lebih di Wembely, 800 juta orang akan diperkenalkan dengan nama MALAYSIA, mungkin buat pertama kali. Bagi 90 minit atau lebih di Wembley, nama MALAYSIA akan dipromosikan secara lansung kepada 800 juta kepala manusia, tersebar di seluruh dunia, melangkaui batasan geopolitik.  Maksudnya, Tan Sri Vincent Tan, secara tidak lansung, telah melantik dirinya sendiri selaku ambassador Malaysia di negara legenda Naga & Satria, Wales.

Ini secara tak lansung memperagakan nama negara kepada semua penonton aksi final di dalam Wembley. 

So tanggal 26 Febuari 2012 nanti, nama & negara kita Malaysia akan dipamerkan kepada 800 juta orang seluruh dunia. Memang lah diorang nih semua tak ambik port pon siapa yang menaja pasukan Cardiff City or Liverfool malam tuh. Diorang just nak enjoy the game je kan? Well, actually revenue Standard-Chattered, penaja Liverfool, naik single digit daripada nilai tahun lepas pada quarter yang sama walaupun ketika keadaan ekonomi dunia sekarang terumbang ambing, mengambil report dari Financial News. Itu baru one single product yang kita marketkan.

Sekarang bayangkan jika kita promote sebuah negara pada 800 juta orang seluruh alam ini pada satu masa yang sama? Now you catch my drift?





 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff