Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

post #59 : Kau tak malu ke?

4 comments:
 
Deruman enjin kedengaran di perkarangan no.23, Jalan Bandar Iskandar 3, Bandar Iskandar, Johor Bahru. Sebaik sahaja Myvi SE merah garang itu diparkir kedalam rumah, terus enjinnya dimatikan. Selang 1 minit kemudian pintu hadapan pemandu terbuka. Maka lengkaplah isi rumah no.23, Jalan Bandar Iskandar 3 nih. 

*CCIIIIIINNNGCIIIINNN*

Kunci rumah terjatuh. Penat agaknya bekerja, sampai nak pegang kunci rumah nak bukak pintu pun tak larat.

Isi rumah semua dah tido. Tengok jam, baru pukul 12.30 a.m. Biasanya hidup lagik isi rumah nih. 

"OHH!", monolognya dalam hati. Barangkali dia tahu kenapa isi rumah nih semua dah senyap sunyi.

Rumah tetap panas walaupun dah tengah malam camnih. Maklumlah, rumah bujang sewa sampai 10 orang satu rumah. Kalau satu badan manusia normal boleh melepaskan haba pendam sebanyak 41 Watt per metre square ketika metabolasi, darablah dengan 10 kepala. Mahu tak panasnye!

Beach shorts dengan singlet hitam ala Tyler Durden menjadi peneman empunya badan malam-malam camnih. Mandi kerbau pun dah cukup. Kerja dalam aircond tadelah berpeluh mane pon. Dengan tuala masih berbelit dekat leher terus Aqram bukak laptop kesayangan die. Sebelum tido nih kalo tak dapat online tengok notification dekat Facebook tak sah! Manelah tahu kot-kot ade lah awek yang main poke-poke saje. Bolehlah ayat ajak kuar tengok movie ke bagai. Kuat perasan betul budak Aqram nih.

Tapi, Aqram terlupa sebab kenapa die tak online sehari suntuk hari nih. Sebaik sahaja Aqram click icon Facebook kat newsfeed die, satu demi satu gambar jubah ungu, topi mortar, gelak tawa siswa-siswi, gambar mem'background'kan rak2 buku, gambar candid dalam dewan, and yang paling banyak skalik, gambar coursemates Aqram bersuke ria lengkap berjubah ungu oren sambil masing-masing memegang segulung ijazah replika terpampang megah dekat skrin die.

Tersenyum Aqram sorang-sorang dekat ruang tamu rumah. Aqram scroll lagi ke bawah. Dan lagi. Dan lagi. Sambil mengamati muka-muka yang dia kenal. Tergelak sekejap Aqram tengok gambar member die kena lambung dengan budak-budak lain. "Mentang-mentanglah dia kecik, korang lambung-lambung ikut suka hati korang plak kan? Haha!", Aqram bermonolog. 

Sempat jugak dia usha komen gambar-gambar yang die tengok. 

Dzulfadli : Sape yang lambung aku tadik, jangan  harap dpt naik keta aku lagi pasnih. Huh!
Mukriz : Ala relaxla dzul.Sape suruh ko comel sgt.kan da kena lambung!haha.
Sabiq : "comel"?Mukriz, gaaaaayyyyyyy!
Mukriz : Haha.diamla Sabiq.Kalo ko kurus sikit tadi dengan kau aku lambung!haha.

Ade jugak member yang tag Aqram dalam gambar-gambar tuh. Tag kat beg lah, kat topi mortar lah, dekat batang hidung member die pon ade gak. Aqram tergelak kecil. 

"Diorang nih terlupa agaknya. Takpelah", detik Aqram dalam hati. Tangan Aqram masih dengan mouse putihnya. Khusyuk betul Aqram belek gamba-gamba graduasi coursematenye dalam Facebook. Tanpa disedari, airmata Aqram turun setitik demi setitik, jatuh keatas pehanya. 


*        *        *


"Kau tak malu ke?", Haji Arshad dingin. Matanya tajam menuju ke rancangan PGA Tour kegemarannya. Namun, kedingingan suasana di ruang tamu rumah Haji Arshad tetap dapat dirasai.

"Jawablah cakap abah, kau tak malu ke?", Haji Arshad tenang melontarkan soalan. Aqram memandang elok bapanya yang sedang bersandar santai. 

Aqram mendiamkan diri, mengalihkan pandangannya dari Haji Arshad yang seolah-olah meluat untuk memandang Aqram ketika ini. Ruang tamu rumah senyap seketika. Hanya ulasan komentar terhadap pukulan under par Phil Mickelson sahaja yang kedengaran.

"Itulah kau. Sibok sangat berdrama, berlakon lah ape! Belajar ke mane, disiplin ke mane", Haji Arshad masih lagi tenang dan dingin. 

Aqram masih tak mahu memandang Haji Arshad. Tak berani dia nak bertentangan mata dengan Haji Arshad waktu-waktu period camnih. Haji Arshad menoleh ke arah Aqram, kemudian kembali ke televisyen.

"Abah dulu wakil UiTM main takraw, tiap-tiap petang training, tiap-tiap weekend Abah merempit pegi Shah Alam, boleh je grad on time!", ujar Haji Arshad. Aqram terdiam seribu bahasa.

"Engkau, Abah dah bagi duit, dah bagi keta, dah bagi kemudahan semua. Kenapa tiba-tiba kena extend pulak? SPM bagus, Matrik bagus, tiba-tiba masuk UM terus hilang pandai kau?".

Tersentap Aqram seketika. Terasa darah dari badanya terus hinggap ke muka. Malunya Aqram hanya dia sorang saje yang tahu. Hajah Hanisah jugak tiba-tiba berhenti melipat kain di dalam biliknya. Rupanya dari awal lagi Hajah Hanisah mencuri dengar perbualan suami dengan anak sulungnya. Ibarat isi dan kuku, Hajah Hanisah juga tersentap dengan apa yang terpacul dari mulut suaminya itu. 

Aqram menoleh ke Haji Arshad. Mahu sahaja Aqram menyelam ke benak fikiran bapanya itu. Apakah benar dia baru sahaja memaksudkan dirinya bodoh? Bodoh sebab extend satu sem? Bodoh sebab tak mampu nak grad on time? Haji Arshad lansung tak menoleh kembali. Ternyata marahnya Haji Arshad pada Aqram masih marak. 

"Aqram masuk tido dulu Abah. Dah lewat sangat nih. Kang tak terbangun sahur plak kejap lagi", Aqram cuba untuk mencarik alasan untuk lari daripada terus menadah telinganya. Cukuplah untuk satu malam jiwanya direntap oleh bapa sendiri.

Haji Arshad diam sahaja, lansung tak menghiraukan permintaan Aqram. Aqram berlalu masuk kedalam biliknya. Pintu terus dikunci. Hatinya malam itu bagaikan dihenyak batu lesung.Sudah lunyai lagi dihentam. 

"Insyallah esok lagi baik dari hari nih", Aqram penuh mengharap sambil matanya terus layu diempuk bantal.


*        *        *

Aqram masih lagi membelek laman Facebook. Sudah habis satu album, album lain pula di bukanya. Kini album housematenya pula yang menjadi santapan mata. Semuanya elok berjubah & bertopi mortar. Aqram tersenyum sendirian lagi. Air matanya masih degil mengalir.

Sebenarnya, sudah puas isi rumahnya memujuk Aqram untuk bersama-sama memeriahkan majlis graduasi diorang. Maklumlah, bukan selalu dapat pakai jubah & topi mortar. Mestilah nak diraikan dengan teman rapat. Tapi awal-awal lagi Aqram tolak. Segan katanya. Semua isi rumah pakai jubah, Aqram sorang je pakai t-shirt & jeans, mestilah segan.

Tapi bukan segan yang menjadi alasan. Aqram malu sebenarnya. Malu dengan Haji Arshad, malu dengan Hajah Hanisah, malu dengan coursematenya, malu dengan rakan seperjuangan yang lain. Aqram tak biasa dengan kegagalan. Jadi bila dah gagal takkan nak tunjuk muka dekat orang yang dah berjaya. Kenalah sorok. Kalau boleh taknak tahu pun diorang grad hari tuh. Kalau boleh taknak tengok pon gambar-gambar diorang pakai jubah, bergambar sakan bagai. Pedih hati, kata Aqram.

Satu demi satu Aqram untag gambar-gambar yang ade namenya seblom nih. "Diorang lupa kot aku tak grad sekalik. Takpelah", ujar Aqram sendirian. Banyak jugak gambar yang Aqram terpaksa untag. Tapi akhirnya berjaya jugak. Selesai, Aqram belek gambar-gambar tuh sepintas lalu. Puas hati, Aqram tutup laptopnya dan terus naik ke bilik untuk beradu.

Tiga badan lesu terbaring kaku sebaik sahaja Aqram masuk ke biliknya. 3 jubah ungu tergantung kemas di tetiang almari milik mereka. Aqram terus menuju ke katilnya, tidak menghiraukan jubah ungu yang tergantung rapi. 

Aqram terus melelapkan matanya. Namun sebak hatinya masih terasa. Fikirannya masih terngiangkan imej coursematenya yang tampak ceria bergelak ketawa sambil berjubah di tengah-tengah panas matahari. Airmatanya masih degil untuk berhenti. Namun lansung tak dihiraukannya.

Sambil menepuk bantalnya Aqram sempat berkata, "Insyallah esok lebih baik dari hari nih". 



  

4 comments:

Anonymous said...

ayedd:'))

Anonymous said...

takpe2..rezeki manusia lain2, ade yg bgus dlm stadi,or kerja, or keluarga. mane boleh nak semua indah mcm syurga. Allah Maha Adil kann.perancangan Dia lg baik. positif2 :)

Anonymous said...

hey.. ;')

DAUD said...

Pandai ko bercerita, best.

By the way,
Mungkin jalan ni yang terbaik untuk ko,
Ramai je lagi kawan2 kau tu yang lagi malang,
Duk nganggur tanam anggur.

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff