Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed
Credit: WSG

Puas. Itu mungkin perasaan Mario Gomez, melihatkan taktikalnya menjadi di atas padang. Paling puas mungkin, adalah Jorge Pereyra Diaz.

Kembali ke JDT dengan meledakkan 2 Gol & 2 Assist, impak Diaz ternyata lebih hebat berbanding dengan impak rakan senegaranya yang di pinjamkan dari Santos, Patito Rodriguez.


Peranan Jorge Pereyra Diaz sebagai Inverted Winger atau Trequartista? : Bojan Hodak v Mario Gomez.


Persamaan antara Bojan & Gomez adalah jelas. Mereka mengamalkan 'possession football'  & serangan dari width, dengan fullback membantu wingers ketika menyerang.

Perbezaan yang dibawa oleh Gomez pada perlawanan kali ini adalah 'role' yang diberikan oleh Jorge Diaz.

Di bawah Bojan Hodak, Diaz diletakkan di bahagian wide kiri sebagai 'inverted winger'. Beliau selalunya akan melakukan larian 'cut-in' ke dalam kotak penalti, melakukan crossing ataupun beat the defender dengan skill dribbling beliau yang awesome.

JDT bawah Bojan Hodak v Kitchee SC. Diaz biasanya diletakkan di tempat Kuna. Credit: ayedology.blogspot.com


Di bawah Mario Gomez, Diaz diletakkan sebagai 'Support Striker' atau 'Trequartista', diletakkan di belakang Lucho. Kerja beliau kini lebih kompleks. Di samping menerima bola, Diaz juga bertanggungjawab untuk membawa bola bagi menarik pemain defensive lawan. Ini bagi membuka ruang untuk pemain lain membuat larian atau mengelakkan man-marking oleh pemain lawan.

Johor Darul Takzim - Football tactics and formations


Gol pembukaan JDT pada minit kedua adalah jelas keberkesanan Diaz di dalam peranan barunya ini.
Dengan 3 player Ayeyawady mengepung Diaz, Diaz sempat melurukan satu through pass cantik kepada Safiq Rahim. Dengan kerajinan Safiq melakukan 'run from deep' & kelekaan barisan pertahanan Ayeyawady, beliau lansung tidak dijaga & ini membolehkan beliau membuka tirai jaringan JDT malam ini. Kredit juga kepada Safiq Rahim kerana bijak membuat 'dummy' memperdaya penjaga gol Ayeyawady sebelum melurukan bola ke dalam gawang.


Link-Up Play : Diaz & Lucho


Credit: johorsoutherntigers.com.my














Gol ke-2 & ke-3 JDT adalah hasil 'effective link-up play' antara Diaz & Lucho. Masuk separuh masa kedua, Diaz & Lucho dilihat lebih banyak menukar posisi sesama mereka. Ini jelasnya menyukarkan kerja-kerja man marking Ayeyawady terhadap Diaz & Lucho.

Gol ke-2 adalah hasil daripada kelincahan Diaz, menewaskan centreback Ayeyawady, Anderson West, sebelum melakukan through pass kepada Lucho. Kredit juga kepada Junior Eldstal kerana melakukan long ball yang cantik ke arah larian Diaz.

Gol ke-3 menunjukkan persefahaman efektif antara Diaz & Lucho. Larian Diaz yang melakukan crossing run ke dalam kotak penalti sambil menanti pass dari Lucho, menyebabkan kekeliruan pertahanan Ayeyawady, di samping kelewatan mereka untuk menutup ruang rembatan Diaz.

Jelasnya, Diaz lebih efektif jika beliau diletakkan sebagai 'Support Striker' atau 'Trequartista'. Beliau mempunyai technical skill yang tinggi, mampu untuk melakukan larian membelah defensive line lawan, dan juga bonus memiliki vision yang baik untuk melakukan through pass ke dalam kotak penalti dari kawasan attacking third. He can score goals too.



The Best of Possession Football



“With good players, you can improve the team by a lot. One of the things I have consistently told them is not to lose the ball so quickly once they have possession.
“Because if we lose the ball, we have to go back to regain possession. There is only one chance for us in the cup, so if we lose in the cup tomorrow, we go out.”


Falsafah Mario Gomez jelas. "Possesion football". Lebih masa dengan bola, lebih peluang untuk dicipta, lebih tinggi peluang untuk menjaringkan gol. 10 Shot On Goal yang dicatat pada malam ini adalah testimoni kepada keberkesanan falsafah ini.

Namun, mengamalkan possesion football adakalanya tidak akan menterjemahkan kepada gol. Manchester United bawah kendalian Louis Van Gaal membuktikan teori ini. Untungnya, Ayeyawady tidak mengamalkan high-pressing kepada pemain-pemain JDT ketika mereka hilang bola. Lebih-lebih lagi kepada free-role player Safiq Rahim, memudahkan lagi falsafah Mario Gomez untuk dimeterai pasukannanya.

Tapi Mario Gomez harus berwaspada ketika berjumpa dengan pasukan bermain di midfield. Pasukan Liga Super seperti PDRM, Kelantan, mempunyai midfielders yang rajin melakukan closing down / high pressing.

Harapanya, Mario Gomez ada tonik untuk situasi-situasi bertemu dengan pasukan-pasukan seperti ini.





Assalamualaikum wbt,

Layak ke Pusingan Kedua Piala AFC. Itulah misi Ismail Ibrahim, interim coach JDT, pada malam 28 April 2015. Itulah yang terlaksana.

Namun, magik di Stadium Larkin ketika menentang Kitchee SC hilang dibawa lari bersama-sama ex-coach JDT, Abam Bojan Hodak, yang baru sahaja menerima arahan "direhatkan" oleh Kepala PBNJ sendiri.

Bermain di dalam stadium yang kosong di Kolkatta, game yang aku harapkan rancak bertukar menjadi hampeh minit demi minit.


Formasi East Bengal v JDT


Tidak banyak perubahan JDT Ismail Ibrahim & JDT Bojan Hodak. Jelasnya, Pak Mail masih mengekalkan struktur lama JDT dengan trident midfield Safiq Rahim-Hariss Harun-Shaakir Shaari. Pak Mail play safe dengan melakukan perubahan yang biasa dilakukan Bojan iaitu di backfour & di attacking flanks. Seperti biasa bagi game AFC, Lucho diletakkan sebagai Targetman.

East Bengal kelihatan lebih pasif dalam pemilihan first eleven, dengan meletakkan dua defensive midfielder, jelasnya bagi mengekang freedom Safiq Rahim & Hariss Harun.


Johor Darul Takzim vs East Bengal - AFC Cup Group F (Match Day 5) - 28th April 2015 - Football tactics and formations



Gol Pertama & Terakhir Perlawanan


JDT menjaringkan gol pada minit ke-6 perlawanan.

Kekangan Sukhinder & Subodh jelas menyukarkan kerja-kerja playmaking Safiq & Hariss. Namun, dengan kelebihan Lucho yang rajin untuk turun deep membantu Safiq & Hariss, hasilnya Hariss berjaya memberikan satu through pass yang osem ke overlapping run Kunanlan di bahagian kiri. Kelekaan pertahanan East Bengal untuk track back larian Kunanlan & membiarkan low cross dibuat bagi tap-in mudah Amri Yahyah, dihukum teruk.


Kenapa Rehat Itu Penting


Daripada gol pertama, JDT terus menguasai bola dengan short pass di midfield. Kerajinan Lucho & Amri untuk turun ke bawah memberikan passing option, juga membantu JDT untuk terus menguasai perlawanan.

Dengan tumpuan di permainan midfield yang diberikan oleh JDT, East Bengal seharusnya melebarkan permainan, banyakkan direct pass ke pemain sayap. Tapi sebaliknya yang berlaku. Tumpuan serangan East Bengal di belah kiri & kecenderungan pemain sayap kiri mereka, Rafique, untuk melakukan cut-in ke dalam midfield JDT yang padat daripada bermain di touchline, menyebabkan JDT senang untuk merampas bola dan mematikan serangan mereka.

Ketiadaan overlapping run dari fullback di belah kiri juga menghadkan passing option Rafique. Dan akhirnya beliau hanya mampu untuk membuat long ball ke dalam kotak, yang juga berjaya dipatahkan oleh ketinggian Junior Edstal & Fadhli Shas.

Namun, segalanya berubah setelah pengadil menghentikan perlawanan seketika pada minit ke 29 akibat daripada hujan yang semakin lebat serta kilat yang sabung menyabung. (Dah macam karangan UPSR pulak)

Rehat yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya coach East Bengal, Eelco Schattoire, untuk menganalisis kelemahan kedua-dua pasukan dan dengan menggantikan Khabra yang lebih rajin dengan Baldeep Singh yang kerap duduk di atas, pada minit ke 29. East Bengal kelihatan lebih agresif, lebih berani melakukan pressing. Overlapping run juga jelas makin kerap dilakukan oleh fullback mereka.

Dan hasilnya, Farizal dikerah melakukan triple quick save pada minit ke 36, apabila JDT gagal mengeluarkan bola dengan sempurna semasa sepakan penjuru East Bengal, follow up shot on goal dilakukan fullback East Bengal Dhanaraj tepat ke arah Farizal.


Penguasaan Total East Bengal di Separuh Masa Kedua


Tiada bezanya separuh masa kedua. East Bengal terus menguasai perlawanan, mematikan pergerakkan JDT di tengah dengan meletakkan 5 Man Midfield dengan bantuan winger Joaquim & Raqfique. JDT banyak mengalami situasi 3v2, akibatnya JDT banyak hilang bola.

Situasi ini juga menarik Amri Yayah & Chanturu untuk terus turun membantu, justeru menamatkan pengaruh serangan JDT di bahagian sayap.

5 Man Midfield vs Diamond Midfield


"Separuh masa kedua, JDT hanya ball watching", - Pengulas TV9


JDT terus mengadaptasi taktikal Park The Bus daripada minit ke 60 perlawanan. East Bengal terus menguasai perlawanan sehinggalah tamat perlawanan.

JDT "Park The Bus"


Konklusinya perlawanan di dalam stadium yang kosong memang tak best & taktik Park The Bus, walaupun efektif jika diterapkan ketika pasukan leading, tetap suck bagi aku.

Substitution Yang Merapu


1) Jasazrin IN, Amri Yahyah OUT

Aku, sampai ke hari ini, masih tidak tahu fungsi sebenar mamat Jasazrin ini. Game Kitchee hari tuh die masuk main Defensive Midfield. Game Final Piala Malaysia lawan Pahang tahun lepas, die jadik Right Back. Game hari ni plak die ganti Amri, main Wing Kanan. Adakah beliau JDT punye John O'shea?

Contribution sepanjang game? Satu pass limeposen untuk Lucho minit ke 90. Itu jek.


2) Safee Sali IN, Safiq Rahim OUT

Ini substitution kasi can namanya. Dan juga substitution tak masuk akal.

Dalam masa team kau kena buli dekat midfield, kenapa kau masukkan natural striker Pak Mael? Kau ade Amer Saidin, natural defensive midefielder. Kenapa tak masukkan die untuk melakukan tackle-tackle ganas? Kau juga ade Mahali Jasulli. Kite semua tahu Mahali ni gabak & gemar berlari. Kenapa tak letakkan die berdampingan dengan Hariss Harun & Shakir Shaari?

Kenapa kau letakkan goal poacher main support striker pastuh letak die main deep giler baben? Safee Sali diciptakan untuk menjaringkan gol SAHAJA. Ini jelas. Beliau excel jika diletakkan di barisan hadapan sekali. Beliau bukan seorang ball passer, ball winning midfielder, apatah lagi playmaker. Beliau seorang goal paocher, yang tugasnye berlegar dalam kotak penalti & menrobek gawang lawan.

Contribution sepanjang game? Satu flick on untuk larian Kunanlan, dan beberapa attempt untuk hold bola di corner flag untuk melengahkan game, tapi gagal. Itu jek.


Terima Kasih Bojan Hodak, Selamat Datang Mario Gomez

Harap game ini dianalisis coach baru JDT, Roberto Carlos Mario Gomez, dengan secepat mungkin. Tak sanggup tengok JDT main Park The Bus!

"Oi Safee, hang pi dok bangku simpanan sana!" - Mario Gomez


PS: Next post #BolaTalk, gua nak buat analisis & prediction JDT under Mario Gomez. Lu orang tunggu!







Assalamualaikum wbt,

Safiq Rahim sekali lagi membuktikan kemampuan beliau selaku Jeneral di tengah padang, kali ini di pentas AFC Cup. Peluang & kepercayaan Bojan Hodak memberikan free role kepada Safiq dibalasnya dengan setimpal. Satu assist cantik membelah backline kepada Lucho, dan satu gol, tidak kisahlah jika dari titik penalti sekalipun, berjaya membuktikan beliau mampu untuk seek & destroy jika diberikan kebebasan untuk berlegar.


Kejayaan Taktikal Bojan
JDT yang bermain pada malam semalam bukanlah JDT yang sama bermain di Mongkok Stadium bulan Mac lepas. Bojan melakukan perubahan formasi dari 4-5-1 di Mongkok, kepada 4-3-3 di Larkin. Perubahan paling ketara yang dilakukan Bojan adalah menggantikan kelajuan maksima di bahagian sayap dengan menggantikan Nazrin Nawi dengan Chanturu. Nazrin gemar untuk cut-in kedalam kotak & adakalanya take-on beliau tidak berjaya. Chanturu lebih direct.

Disamping itu, Bojan mengembalikan Shakir Shaari & Hariss Harun di bahagian midfield bagi memberi support padu kepada Safiq Rahim. Justeru, memberikan lebih banyak freedom kepada Safiq untuk conquer bola di bahagian tengah.

Safiq juga mempunyai passing option yang lebih terbuka iaitu sama ada long ball ke sayap & membiarkan Kunanlan atau Chanturu mengkucar-kacirkan fullback Kitchee. Ataupun, mencari through ball terbaik kepada Lucho atau Hariss Harun yang gemar melakukan run from deep ke dalam kotak penalti.

Berbeza ketika menentang Kitchee di Mongkok Stadium bulan lepas, Safiq terpaksa melakukan kerja-kerja defensif, disebabkan ketidak-keberkesanan Amer Saidin yang ditugaskan sebagai Ball Winning Midfielder & Jasazrin yang sehingga kini, masih mengelirukan aku tentang posisi sebenar beliau. Tapi jelasnya, beliau bukanlah seorang Box-to-Box Midfielder yang setanding Hariss Harun.




Malahan, gol pertama JDT adalah hasil daripada freedom yang diperolehi Safiq akibat daripada tactical shift ini, melakukan defense splitting pass & disokong oleh kebijaksanaan Lucho untuk timing run yang baik & juga finishing yang sangat kompleks di bucu yang susah.

Gol kedua pula lain cerita. Kunanlan tampak sangat agresif, beliau lebih banyak melakukan take-ons ke arah fullback Kitchee, in this case, kapten Kitchee sendiri, Lo Kwan Yee. Ini berbeza dengan Kuna yang kita tahu iaitu berlari ke arah byline dengan kelajuan maksima & melakukan cross ke dalam kotak penalti. Akibat daripada constant take-ons ini, beliau dijatuhkan oleh Comi & penalti dihadiakan.


Pressing Game Padu
Sejak dari tiupan wisel mula, JDT mengamalkan heavy pressing ke atas pemain Kitchee ketika mereka di dalam kawasan JDT. Pada aku pemain yang paling rajin melakukan pressing adalah Shakir Shaari. Tugas beliau malam semalam adalah mudah, jangan biarkan Lam Ka Wai terlalu bermesra dengan bola. Akibatnya, Lam Ka Wai tidak dapat melakukan hantaran-hantaran bijak & akhirnya Kitchee terpaksa distribute bola ke arah sayap bagi melakukan crossing nasib ke dalam kotak penalti JDT.

Heavy pressing ini juga telah menyebabkan banyak long ball yang dilakukan Kitchee dari dalam kawasan mereka ke dalam kotak penalti JDT, dengan harapan agar Belencoso dapat mencipta magik. Namun kehadiran Marcos & Junior yang masing-masing mempunyai aerial prowess telah membantutkan kelebihan ketinggian Belencoso.

Akibat dari Heavy Pressing ini juga, banyak deep crossing yang dilakukan oleh fullback-fullback Kitchee. Hasilnya jugak tidak memberansangkan.

Namun begitu, drawback dari Heavy Pressing ini ialah, ia memakan tenaga dengan lebih cepat. Akibatnya, JDT mula hilang fokus pada minit-minit akhir. 2 Shot On Goal (SOG) dilakukan oleh Paramo pada minit ke 72'. Izham Tarmizi terpaksa bekerja keras bagi 10 - 20 minit terakhir. Ini menunjukkan fitness & mentality pemain Malaysia umumnya masih belum mencapai tahap yang boleh digembirakan.

Kemasukkan Fadlhi Shas pada minit ke 87' jelas menunjukkan JDT lebih rela duduk di dalam kandang sendiri, dengan tactical shift 5-4-1, sehingga wisel penamat.


MOTM : Safiq Rahim. UNSUNG HERO : Shakir Shaari.
6 Shots On Goal (3 On Target, 3 Off Target), 1 Goal, 1 Assist jelas membuktikan konfiden yang dimiliki Safiq Rahim pada ketika ini. Keinteligenian Safiq untuk membuka game & run from deep yang efektif membuatkan beliau sebagai aset penting bagi JDT untuk mengekalkan rentak. Tanpa Safiq, JDT tiada siapa yang boleh diharapkan untuk Play-a-making, mengambil freekick cantek, membuat sambutan gol ala Cristiano Ronaldo & paling penting, memberi motivasi kepada kucing-kucing seluruh Malaysia. Aku juga masih keliru dengan passing range Jasazrin.

Shakir Shaari bertindak efektif melimitkan segala peluang di bahagian tengah Kitchee. Tak cukup dengan Lam Ka Wai, beliau juga telah memporak-perandakan rentak Ngan Lok Fung, menyebabkan tiada hasil dari midfield yang mampu dicipta oleh Kitchee. Jika beliau meneruskan prestasi seperti ini, makanya Gary Steven Robbat elok balik sahaja semula ke Dortmund.


Dimana Silapnya Kitchee?
Tidak merantai Safiq Rahim. Safiq adalah fulkrum kepada semua serangan JDT. Jika ada player Kitchee yang merantai beliau dari awal game, melakukan sedikit provokasi ataupun menganjing beliau tentang iklan Power Cat beliau yang mantap, nescaya Safiq tidak akan begitu mudah mencipta hantaran & membuka ruang.

Tiada double team ke atas winger JDT yang laju. Jelasnya Kitchee tidak mampu untuk bersaing secara one-on-one di bahagian sayap. Seharusnya, arahan patut diberikan kepada trio midfield Kitchee untuk turun ke bawah & membantu fullback.

Terlalu banyak long ball ke dalam kotak penalti JDT. Aerial prowess yang dimiliki Junior & Marcos berjaya meminimakan segala long ball kedalam kotak JDT.

Pengenalan Christian Kwesi yang terlalu lewat. Kwesi terlalu laju & skillful buat Aidil Zafuan yang baru sahaja kembali menyertai perlawanan pertamanya untuk JDT pada musim ini. Apakah lagi bagus kalau bawak masuk budak ni masa mula 2nd half?





Assalamualaikum wbt,

Terimalah rap hari Derbi Manchester dari saya. Ikhlas dari hati;


Boleh padamlah, Rekod 0-1 kalah di Trafod Lama, November Dua Kosong Satu Empat

Ini kali bukan lagi sistem tak masuk akal, Tiga Lima Dua

Ini kali sistem pemusnah, Empat Tiga Tiga.

Fellaini kasik tanduk, Rooney kasik masuk.

Puh Puh Puh. Cukup dah jampi kasi Hart ngantok, De Gea lu jangan buat mabok.

Young, lu jangan lupa acah-acah.

Mata, magis di Anfield jangan lupa.

Blind, suntik sikit kuasa kuda.

Belah kiri lu dengan Young kongkar, Bikin Zabaleta resah gelisah.

Valencia lu jangan lepak bawah. Sikit-sikit kasik kaki kanan lu jamah.

OK cukup, aku biarkan korang menganga, 

Rooney, cuba lu tunjuk lu punya gol atas kepala.

Damn.





PS : Malique, taknak mintak gua buat lirik rap untuk lagu-lagu lu ke? #RESPECT



Assalamualaikum wbt,

Melayan kehendak isteri ni besar pahalanya, wajib hukumnya.

Melayan kehendak isteri yang sedang mengandung, mengidam, lagilah besar pahalanya.

Gadis Kuala Selangor mengandung anak pertama aku. 4 bulan dah. Perut steady je, tak gelabah nak besar terus.

3 minggu lepas masa balik JB die mengadu mengidam nak durian. Manelah aku nak carik, belum musim lagi. Ade aku pikir nak buat gila balik Muar pergi serbu dusun turun-temurun arwah Atok Parit Jawa. Tapi kang kalau dibuatnya tak berbuah lagi, tambah kecewa. Tak sanggup.

Weekend lepas balik KL, Gadis Kuala Selangor mata berkaca- kaca, hasrat mencarik durian disuarakan kembali. Berpeluh aku. Harap-harap time aku jejak KL kang dah setat musim durian. Kesian pulak tengok.

Kebetulan ke Seksyen 7 Shah Alam, terjumpa satu lori durian. Terus serbu tanpa fikir panjang.

"Sekilo 30 hinggit bang"

Okey. Aku tengok Gadis Kuala Selangor pon terbeliak mata. Ikotkan hati nak je aku beli & hentikan sengsara Gadis Kuala Selangor. Tapi disebabkan niat die yang aku tahu nak beli selonggok sumbat belakang bonet, memang taklah nak beli sekilo 30 hinggit. Sebijik rasanya dah 2 kilo.

Gagal negotiate harga.

Aku balik menuju Puncak Alam dengan hati yang sugul. Gadis Kuala Selangor apatah lagi.

Jalan ke Meru dari Seksyen 7 sesak macam biasa. Sejak dok Kuantan ni, jem ni perkara asing. Seasing skil aku main futsal.

Kebetulan terjumpa satu lori durian lagik. Cantik! Kali ni nampak lagi downgrade & boleh runding. Tambah pulak parking tepi jalan. Ni tanda-tanda desperation mencari pelanggan.

Skil Gadis Kuala Selangor berunding tidak aku sia-siakan. Biasanya kalau ke pasar petang tuh selamba je die nego. Aku yakin. Kali ni aku hantar die sorang jer.

Hampa lagi. Gadis Kuala Selangor kata ni geng sama dekat Seksyen 7 tadi. Geng sekilo 30 hinggit. Aih melepas lagi. Perjalanan ke Puncak Alam malam itu sungguh sepi. Aku tengok Gadis Kuala Selangor gosok-gosok mata. Terharu dengan usaha aku durian hunting agaknya.

Tapi aku tetap tak putus asa. Esok Ahad. Plan B Durian Hunting masih boleh dijalankan.


*   *   *

"Sedap tak?"

"Bolehlah. Terubatlah jugak rindu Durian nih", Gadis Kuala Selangor senyum-senyum menjilat jari.

Durian Crepe Mid Valley. Durian jugak kan?


Assalamualaikum wbt,

Aku tak tahu kemana aku menghilang lebih 2 tahun.

Last aku cek post aku 11 Januari 2013. Last draft 18 May 2013, tapi tak pernah post.

Bapak malas.

Tapi itu 2 tahun dululah.

Sekarang aku dah rajin.

Tak percaya tanya Gadis Kuala Selangor.

Oh aku lupa nak bagitahu, aku dah kahwin.


Salam Tahun GST 2015.


 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff