Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed
Dekat tempat kerja aku nih ade sorang budak baru. Dah nak dekat sebulan jugak la dia kerja campur minggu nih. Aku tengok relax semacam je datang ofis. Kekadang masuk awal, kekadang masuk lambat. Kalo awal tuh awal sangat. First day hari tuh masuk ofis pukul 8. Padahal ofis bukak kol 9. Bahaha. Nerd. Tapi kalo lambat tuh, amboih! Bukan men. 9.30, 9.45. Masuk lambat jalan boleh plak slow-slow, cam jalan atas Red Carpet nak masuk Golde Globe Awards gamaknya. Puih!

Ade satu hari tuh, hari Friday tak silap aku. Masuk kol 10 syial budak nih. Alasan standard, LRT rosak. Puih! Seb bek la bos meeting hari tuh kalo tak dah kena basuh dah la budak kerek nih.
Budak nih salah sorang budak scholar company katanya. Untunglah~. Belajar free-free jek. Dah habes belajar terus dapat kerja plak tuh. Aku dulu punye lah susah kena pergi interbiu sane sini. Interbiu pon tuh belom tentu dapat. Ada gak interbiu yang aku pegi tapi kena gelak plak. Hampeh! Tapi budak nih, takyah susah2 interbiu. Keluar2 jek terus dapat post. Takyah nak berpeluh larik sana sini kejar interbiu. Jilaka!

Gaji pon entah2 lagi tinggi dari starting gaji aku dulu. Aku takdelah tanya direct budak2 scholar yang lain dalam ofis nih, tapi tengok dari cara diorang spend duit, besar la jugak kot. Ade sorang budak scholar tuh dapat 1st gaji beli Galaxy Note! Syial budak2 nih! X pandai nak calibrate perbelanjaan bulanan lansung! Kang hujung bulan tuh ikut perut. Percayalah cakap aku!

Hah.Mane budak tuh pi? Hah.pi ngorat akak HR lettew jual minyak.Yang akak HR nih kuat melayan pon satu.Lagila budak tuh suka. Gelak senyap-senyap plak. Nak buat lawak, buatlah lawak satu ofis nih.aku pon nak dengar jugak!...Eh! Silap! Puih! ingat ko lawak sangat!

Hah tuh buat ape lak tuh? Amboi relaxnye depa! Buat-buat baca layout konon! Buat-buat baca blueprint konon! Amboi kuatnye depa berlakon! Uih main SolidWorks pulak~ Amboi relaxnye depa. Huish jelez kemain aku nih! Aku bukan men penuh workload! 

Eh? Bukan bos budak nih takde ka? Tak silap aku depa pi site sampai Jumaat nih.......

Hehehe.



*             *             *


*PING*

"Sape plak anta email time gua tengah layan solidworks nih.Potong stim plak lah"

*Click*

­­­­­­­­­­­­­­­­__________________________________________________________________________________

Dear Faisal


I need you to estimate the build quantity for this steelwork. Scheduled to be erected somewhere around May. If you could complete this by this Friday that would be great! If you need anything just ask me.

Please find the attached file as the drawings of the steelwork Ref: 1234-567-8910REV3. Other related drawings can be find in the library if needed.

Thanks! 
__________________________________________________________________________________

"Okeh. Ini melampau."



*        *       *



Maka bermulalah episod frust menonggeng tatkala e-mail seumpana ini diforwardkan daripada senior-senior Civil kepada junio-junior Mechanical. Sejak bile plak kerja-kerja estimate barang nih jadik kerja Mechanical plak. Ape kejadahnya semua ini?
BERAT, bagi yang terlalu santai. RINGAN, bagi yang memberi perhatian.

Bukanlah norma manusia untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka ketika bersantai menonton wayang tatkala selepas penat seharian bekerja. Namun atas sebab nak meneliti dan mencuit segala hype dan rave review Bunohan arah Dain Said, maka terpaksalah aku gagahkan minda aku yang tak berapa tajam ni untuk diasahkan semata-mata nak "menikmati" Bunohan.

Jalan ceritanya tidaklah terlalu susah untuk difahami. Ikut flow mana-mana cerita bertemakan duri dalam daging. Cuma kadang-kadang ada babak-babak yang perlu diteliti dan diberikan sedikit penguisan bagi menikmati apa maksudnya, tersurat mahupun tersirat. Intro Bunohan sahaja dah cukup untuk membuatkan penonton tertanya-tanya. Trick yang baik aku rasa sebab dari awal lagi cerita ini mahu penontonnya memberi sepenuh perhatian.

Tak lupa juga dialognya sarat dengan loghat Kelantan pekat. Dari awal sehinggalah ke akhir cerita. "Cakna". Aku suka perkataan ini. Ditutur hanya dua kali kalau tak silap sepanjang tayangan. Kalau nak belajar loghat Kelantan sedikit, Bunohan membantu sepenuhnya. 

Sinematografi Bunohan agak noir. Maksudnya hampir majoriti skrin berada dalam keadaan suram, sugul agaknya. Sesuai dengan mood pada dan ketika. Penonton akan disajikan dengan tayangan awan, sungai, laut, pantai dan juga terik panasnya Kampung Bunohan. Tambah lagi dengan pelakon-pelakon yang sentiasa berpeluh dari awal sampailah ke akhir cerita. 

Dari segi watak, rasanya tak hidup cerita ini kalau pelakonnya tak menjadi ye tak? Tiada sangkal dipihak aku. Semua pelakon berjaya menghidupkan watak masing-masing. Namun, ade juga watak-watak yang akan membuatkan penonton gusar memikirkan kaitannya dengan cerita.

Nasihat aku, kalau kau inginkan kelainan dalam filem Melayu, inilah cerita yang harus kau tontoni. Tak rugi untuk berfikir sambil bersantai. 

Akhir kata, jangan tengok Bunohan dengan budak sekolah tak lepas PMR. Kalo x mampos kena explain satu-satu. 

*SPOLER ALERT : Nak tengok Bunohan kena bukak minda. Tak open-minded rugi.*

Cheers!

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff